SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK KE TIDAK

SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK KE TIDAK

Terkini! Semakan Status Kelayakan Budi Madani RON95 (BUDI95) kini boleh disemak oleh 1.6 juta penerima untuk mengesahkan kelayakan bagi mendapatkan harga subsidi petrol dengan kadar RM1.99 seliter.

Bagaimanakah semakan kelayakan budi95 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN BUDI MADANI RON95 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 2025

APA ITU BUDI95?

Budi Madani RON95 merupakan Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang disediakan oleh Kerajaan Madani kepada rakyat untuk:

  • Menikmati Harga Subsidi Petrol RON95 serendah RM1.99 seliter;
  • Had quota sehingga 300 liter bagi kenderaan awam;
  • Had penggunaan tambahan kepada kenderaan e-hailing;

SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 2025

Semak status kelayakan BUDI95 (Budi MADANI RON95) mengikut kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi Budi MADANI : Individu yang layak boleh membuat semakan di Portal Rasmi melalui pautan https://www.budi95.gov.my/landing/
  • Aplikasi Digital : Individu boleh membuat semakan secara online di Aplikasi TouchNGo (TNG) atau Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo;
  • Menggunakan MyKad : Pengesahan boleh dilakukan di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak;

SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 ONLINE

Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
  3. Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
  4. Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
  5. Klik butang “Semak Kelayakan’.
  6. Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
  7. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN ASAS

Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:

  • Semua Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 tahun dan ke atas;
  • Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
  • Lesen memandu yang aktif (masih SAH);

KADAR SUBSIDI

Harga minyak petrol RON95, sebelum dan selepas subsidi untuk rakyat Malaysia dan harga untuk bukan Warganegara Malaysia, adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMA HARGA PETROL RON95
(RM)
MAXIMUM KUOTA
Warganegara MalaysiaRM1.99 /Liter
(Harga selepas subsidi)
300 Liter Sebulan
(Orang Awam)

TARIKH PELAKSANAAN

Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PELAKSANAAN
Warga Polis & Tentera27 September 2025 (Sabtu)
Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
28 September 2025 (Ahad)
Semua Warganegara Malaysia
(Orang Awam dan Bukan Penerima STR)
30 September 2025 (Selasa)

KENAPA SEMAKAN KELAYAKAN BUDI95 PENTING?

Semakan kelayakan penerima amat penting bagi :

  • Mengelakkan masalah ketika mengisi minyak di stesen petrol;
  • Mengesahkan status anda sama ada layak atau tidak untuk mendapatkan petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 seliter; dan
  • Membolehkan penerima membayar petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter.

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI95

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:

  1. Bila semakan kelayakan BUDI Madani RON95 boleh dibuat?
    • Semakan status kelayakan boleh dibuat mulai 25 September 2025 (Khamis).
  2. Berapakah harga RON95 selepas subsidi BUDI Madani?
    • Harga ditetapkan pada RM1.99 seliter (Petrol RON95).
  3. Bagaimana jika MyKad saya rosak atau cip tidak dapat dibaca?
    • Anda perlu menukar MyKad di JPN sebelum membuat tuntutan subsidi petrol RM1.99.
  4. Adakah had liter akan berbeza mengikut kategori penerima?
    • Had umum adalah sehingga 300 liter RON95 sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan diberikan melalui permohonan.
  5. Bolehkah semakan kelayakan dibuat tanpa internet?
    • Ya. Semakan pengesahan boleh dibuat di stesen minyak menggunakan MyKad.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :

Leave a Comment