SEMAKAN KELAYAKAN BUDI MADANI RON95 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Terkini! Portal Rasmi Semakan Kelayakan Budi Madani RON95 kini dibuka untuk penerima yang layak mendapatkan harga subsidi petrol RON95 yang bakal dilaksanakan pada hujung September 2025.
Bagaimanakah semakan kelayakan budi madani ron95? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MINYAK PETROL 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BUDI MADANI RON95

APA ITU BUDI MADANI RON95?
Budi Madani RON95 merupakan Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang disediakan oleh Kerajaan Madani kepada rakyat untuk:
- Menikmati Harga Subsidi Petrol RON95 serendah RM1.99 seliter;
- Had quota sehingga 300 liter bagi kenderaan awam;
- Had penggunaan tambahan kepada kenderaan e-hailing;
SYARAT KELAYAKAN BUDI MADANI RON95
Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:
- Semua Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 tahun dan ke atas;
- Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
- Lesen memandu yang aktif (masih SAH);
SEMAKAN KELAYAKAN BUDI MADANI RON95
Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 boleh disemak secara online seperti berikut:
Semakan Di Portal Rasmi :
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
- Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
- Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
- Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
- Klik butang “Semak Kelayakan’.
- Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
- Selesai.
Semakan di Aplikasi Syarikat Minyak :
- Setel – Petronas;
- CaltexGo – Caltex;
- Touch ‘n Go eWallet;
KADAR SUBSIDI & KUOTA RON95
Harga minyak petrol RON95, sebelum dan selepas subsidi untuk rakyat Malaysia dan harga untuk bukan Warganegara Malaysia, adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | HARGA PETROL RON95 (RM) | MAXIMUM KUOTA |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | RM1.99 /Liter (Harga selepas subsidi) | 300 Liter Sebulan (Orang Awam) |
Bukan Warganegara Malaysia | RM2.60 /Liter | – |
TARIKH PELAKSANAAN
Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN |
---|---|
Warga Polis & Tentera | 27 September 2025 (Sabtu) |
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | 28 September 2025 (Ahad) |
Semua Warganegara Malaysia (Orang Awam dan Bukan Penerima STR) | 30 September 2025 (Selasa) |
MAKLUMAT PENTING
Berikut merupakan beberapa info penting mengenai pelaksanaan Budi Madani RON95 :
- Semakan status kelayakan di Portal Rasmi Budi Madani dibuka bermula 25 September 2025 (Khamis).
- Pelaksanaan Harga Subsidi untuk orang awam bermula pada 30 September 2025 (Selasa).
- Pastikan MyKad anda aktif dan boleh digunakan di pam petrol untuk pengesahan.
- Hanya rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima subsidi ini.
SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:
- Siapa yang layak untuk subsidi BUDI MADANI RON95
- Semua rakyat Malaysia dengan MyKad sah, dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Berapa harga petrol selepas subsidi?
- RM1.99 seliter untuk Petrol RON95.
- Berapa liter subsidi boleh digunakan?
- Orang awam boleh mengisi minyak sehingga 300 liter RON95 sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan diberikan melalui permohonan.
- Bagaimana semakan dibuat jika tidak ada internet?
- Semakan pengesahan boleh dibuat di stesen minyak menggunakan MyKad;
- Adakah subsidi ini automatik?
- Ya. Tiada sebarang pendaftaran diperlukan. Kelayakan adalah secara automatik jika memenuhi syarat ditetapkan. Anda hanya perlu membuat pengesahan kelayakan menggunakan MyKad atau semakan di Portal Rasmi BUDI MADANI.
- Apa perlu dilakukan jika status semakan menunjukkan tidak layak?
- Individu yang tidak layak menunjukkan individu tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dan perlu membayar harga pasaran sebenar RON95.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 1300-88-9595
- WhatsApp : +603-2631 4595
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://www.budi95.gov.my/