SEMAKAN JPT UPU 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN JPT UPU 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Tentunya pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Justerus itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan lebih 346 program kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian.

Bagaimanakah semakan JPT UPU? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN ONLINE EKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TEMPOH SEMAKAN JPT UPU DIBUKA 2025

Pautan JPT UPU dibuka untuk semakan keputusan kepada lepasan SPM adalah selama sepuluh (10) hari sahaja mengikut tarikh berikut :

  • Tarikh Semakan JPT UPU Dibuka :
    • 16 Jun 2025, Isnin (Bermula 12:00 tengah hari).
  • Tarikh Semakan JPT UPU Ditutup :
    • 25 Jun 2025, Rabu (Sehingga 5:00 petang)

SENARAI PAUTAN JPT UPU 2025

Berikut merupakan senarai pautan rasmi JPT UPU yang boleh diakses untuk semakan keputusan :

SEMAKAN JPT UPU 2025

Ikuti cara semakan keputusan UPU di pautan JPT seperti berikut :

  1. Pilih salah satu (1) pautan semakan di atas.
  2. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
  5. Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan.
  6. Selesai.

PENGESAHAN KEPUTUSAN UPU 2025

Ibubapa dan pelajar dinasihatkan agar membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’ bagi yang berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Sijil di mana-mana Universiti Awam (UA) / Politeknik / Kolej Komuniti / MARA BPT.

Kegagalan mengesahkan penerimaan tawaran dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu sehingga 25 Jun 2025, Rabu (Sebelum 5:00 petang), secara automatik pelajar akan dianggap menolak tawaran untuk pengajian sesi akademik 2025/2026.

PERMOHONAN RAYUAN JPT UPU 2025

Bagi pelajar yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja, dibenarkan mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukkan ke Univerisiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan : https://upu.mohe.gov.my/.

Untuk permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, calon perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi terbabit tanpa melalui UPUOnline.

*Nota : Permohonan rayuan perlu dikemukakan sehingga 25 Jun 2025 (Jam 5.00 petang) sahaja.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang UPU.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.

Leave a Comment