SEMAKAN GRADUAN MOHE : CARA / PANDUAN LENGKAP
Para graduan pengajian tinggi yang telah menamatkan pengajian dan telah bergraduasi, boleh membuat pengesahan SKPG 2.0 dengan segera di portal rasmi KPT untuk mengukur kebolehpasaran graduan, dan serta mendapatkan maklum balas mengenai kualiti pengajian dan kemudahan IPT semasa peringkat pengajian.
Bagaimanakah semakan dan cara membuat kajian pengesahan graduan mohe? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYSALAM 2026 : CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN & BUAT TUNTUTAN
SISTEM KAJIAN PENGESAHAN GRADUAN MOHE
Sistem Kajian Pengesanan Graduan atau SKPG 2.0 ialah sistem yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk pengumpulan data maklumat para graduan MOHE / KPT, bagi mengetahui status pekerjaan graduan setelah tamat pengajian.
Antara rekod maklumat yang diperlukan untuk Kajian Pengesan Graduan ini adalah :
- Nama Institusi (Universiti);
- Tahun Konvokesyen (Tahun graduasi);
- Anugerah/Ijazah (Sijil yang diperolehi – Kedoktoran/PhD, Sarjana/Master, Sarjana Muda/Bachelor);
- Status Pekerjaan – Status pekerjaan termasuk bekerja sepenuh masa, separuh masa, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran, menunggu penempatan atau bekerja sendiri.
SYARAT PENYERTAAN KAJIAN PENGESAHAN GRADUAN MOHE
Individu yang memenuhi syarat berikut WAJIB membuat pengesahan kajian graduan ini :
- Graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT);
- Graduan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA);
- Graduan yang telah menjalani Konvokesyen pada tahun semasa;
MANFAAT KAJIAN PENGESAHAN GRADUAN MOHE
Pelaksanaan Kajian Pengesanan Graduan amat penting untuk :
- Mengetahui status pekerjaan graduan selepas tamat pengajian.
- Membantu kerajaan dan universiti memahami kebolehpasaran graduan.
- Mendapat maklum balas graduan tentang kualiti program pengajian, kemudahan dan pengalaman kampus.
- Membantu cadangan dasar kerja dan pendidikan di Malaysia.
- Memudahkan bakal majikan / HR membuat semakan pengesahan graduasi untuk calon-calon yang memohon pekerjaan.
CARA MEMBUAT KAIJAN PENGESAHAN GRADUAN MOHE
Berikut merupakan panduan lengkap cara menyertai Kajian Pengesahan Graduan online :
- Layari Portal Rasmi SKPG 2.0 di pautan : https://graduan.mohe.gov.my/update
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Klik [Log Masuk Portal].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenala] dan lengkapkan [CAPTCHA]
- Seterusnya, isikan semua maklumat diperlukan dengan lengkap seperti :
- Nama Institusi (Universiti);
- Tahun Konvokesyen (Tahun graduasi);
- Sijil Tahap Pengajian Ijazah (Contoh: Kedoktoran/PhD, Sarjana/Master, Sarjana Muda/Bachelor);
- Status Pekerjaan Semasa;
- Klik butang [Hantar/Sahkan] untuk melengkapkan proses pengesahan.
- Simpan atau cetak “Slip Pengesahan” jika diperlukan (bergantung universiti)
- Selesai.
KEMASKINI KAJIAN PENGESAHAN GADUAN
Kemaskini SKPG 2.0 diperlukan sekiranya graduan :
- Mempunyai perubahan Status Pekerjaan : (Contoh : Melanjutkan Pengajian, Menunggu Penempatan, Belum Bekerja);
- Mendapat pekerjaan yang lebih baik sama ada dari segi jawatan atau pendapatan bulanan daripada pekerjaan sebelum ini.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sistem Kajian Pengesahan Graduan (SKPG) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan :
- Institut Pendidikan Tinggi Awam (UA) : 03-8870 5111
- Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) : 03-8870 5112 / 5115
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) : 03-8870 5113
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/Skpg-faq.aspx