SEMAKAN EKASIH DALAM IC : CHECK STATUS

SEMAKAN EKASIH DALAM IC : CHECK STATUS

Pelaksanaan bantuan SARA secara bulanan kepada golongan memerlukan membolehkan mereka memanfaatkan bantuan tersebut bagi menampung kos sara hidup dan memenuhi keperluan asas harian.

Bagaimanakah semakan ekasih dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CEK DUIT DALAM IC : CARA CHECK BANTUAN DALAM MYKAD

PENGENALAN SARA EKASIH DALAM IC

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA tunai dimana ia disalurkan kepada penerima melalui penggunaan IC/MyKad.

Kaedah pelaksanaan ini dapat memastikan bantuan diterima terus oleh individu yang layak, serta mengelakkan sebarang penyalahgunaan, dan ia boleh dibelanjakan KHUSUS untuk barangan keperluan asas di premis runcit berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA EKASIH DALAM IC

Kelayakan penerima SARA eKasih 2025 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Catatan: Untuk menerima bantuan SARA, individu perlu berdaftar dalam sistem e-Kasih dan memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terlebih dahulu. Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik kepada individu berstatus Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem e-Kasih dan berstatus lulus STR.

KADAR BAYARAN SARA EKASIH DALAM IC

Kadar bantuan SARA EKASIH 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA
LULUS STR & BERSTATUS EKASIH
KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)

TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN DALAM IC

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH MULA BAYARAN TARIKH AKHIR BAYARAN
Lulus STR & Berstatus eKasih Januari 2025Disember 2025

Baki amaun kredit yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH sehingga 31 Disember 2025.

PORTAL ONLINE SEMAKAN PENERIMA SARA EKASIH DALAM IC

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTALPENERANGAN
Portal Rasmi SARA Semak status berdasarkan maklumat di Sistem SARA/MyKasih
Portal Rasmi MySTRSemak status berdasarkan maklumat di Sistem STR

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA SARA EKASIH DALAM IC

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Semakan di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
  7. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Semakan di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MANFAAT PELAKSANAAN SARA EKASIH DALAM IC

Bantuan SARA boleh dibelanjakan bagi mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di SENARAI BARANG MYKASIH 2025

SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025

SENARAI KEDAI LULUS PEMBELIAN MENGGUNAKAN IC

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI MYKASIH 2025

CARA GUNA SARA EKASIH DALAM IC

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2025

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Apa itu SARA?
    • SARA adalah bantuan yang disalurkan secara cashless melalui IC untuk membantu golongan yang memerlukan membeli barangan keperluan asas.
  2. Adakah perlu memohon SARA?
    • Tidak. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025.
  3. Adakah SARA boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. SARA hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC.
  4. Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit SARA?
    • Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih di premis runcit yang berdaftar.
  5. Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA?
    • Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam IC perlu dibayar oleh penerima secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment