SEMAKAN EKASIH 2026 RM200 : AKAN DIBERI KEPADA PENERIMA YANG LEPAS KELAYAKAN

SEMAKAN EKASIH 2026 RM200 : AKAN DIBERI KEPADA PENERIMA YANG LEPAS KELAYAKAN

Pangkalan data eKasih digunakan oleh pihak Kerajaan dan lain-lain agensi pemberi bantuan bertujuan untuk membasmi kemiskinan. Oleh itu, Bantuan RM200 diberikan kepada penerima yang lepas kelayakan eKasih untuk tahun 2026.

Bagaimanakah semakan kelayakan eKasih RM200? Ikuti panduan semakan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN UPKK ONLINE : CHECK RESULT/KEPUTUSAN UJIAN UPKK 2026

PENGENALAN EKASIH 2026 RM200

EKasih bukanlah sebuah bantuan, namun ianya merupakan sebuah pangkalan data yang merekodkan rakyat yang ‘Miskin dan Miskin Tegar’ yang secara automatiknya layak menerima pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dan lain-lain agensi.

Bantuan sebanyak RM200 sebulan pula disediakan oleh Kerajaan MADANI di bawah program Sumbangan Asas Rahmah untuk isi rumah yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih.

SIAPA LAYAK TERIMA EKASIH RM200?

Bantuan sebanyak RM200 sebulan diberikan khas kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
KategoriKetua Isi Rumah (KIR)
Status
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Balu / Bercerai
(ada anak / tanggungan)
Kadar PendapatanBawah Garis Kemiskinan (PGK)
semasa
Data eKasihTersenarai dalam pangkalan data
eKasih sebagai penerima
‘Miskin & Miskin Tegar
Permohonan STRLulus 2026 sebagai Isi Rumah

SEMAKAN EKASIH 2026 RM200

Bagi yang telah mendaftar eKasih, ikuti cara semakan kelayakan sebagai penerima eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi eKasih https://ekasih2.icu.gov.my/.
  2. Halaman utama eKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bawah.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 700129101234.
  5. Masukkan Kod Kaptcha mengikut imej yang diberikan.
  6. Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  7. Kelayakan penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk mengetahui anda layak atau tidak terima bayaran SARA sebanyak RM200, ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi SARA https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 700129101234.
  5. Tandakan pada [verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Jumlah (RM)200.00

TARIKH BAYARAN EKASIH 2026 RM200

Penerima-penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan RM200 sebulan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti jadual di bawah :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
9 Januari 2026RM200
1 Februari 2026RM200
1 Mac 2026RM200
1 April 2026RM200
1 Mei 2026RM200
1 Jun 2026RM200
1 Julai 2026RM200
1 Ogos 2026RM200
1 September 2026RM200
1 Oktober 2026RM200
1 November 2026RM200
1 Disember 2026RM200

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment