SEMAKAN EKASIH 2025 STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bermacam bentuk bantuan yang diperuntukan dan disediakan oleh Kerajaan serta agensi-agensi bagi membantu rakyat yang berdaftar dalam sistem eKasih yang merupakan golongan susah yang benar-benar kurang berkemampuan serta memerlukan.
Bagaimanakah semakan eKasih status? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS MYKASIH ONLINE : CHECK STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SYARAT STATUS LULUS EKASIH 2025
Berikut merupakan syarat-syarat untuk lulus eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan ketua isi rumah;
- Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa (berbeza setiap negeri).
*Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
BILANGAN PENERIMA EKASIH 2025
Berdasarkan rekod terakhir iaitu sehingga 31 Oktober 2024, seramai 700,000 ribu individu yang merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) telah berdaftar dengan sistem eKasih dan disahkan status ‘Layak’ untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah pada tahun 2025 ini.
JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada penerima yang berdaftar dengan eKasih adalah sebanyak jumlah berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / ibubapa tunggal ada anak) | RM100 (Jan – Mac) RM200 (Apr – Dis) sehingga RM2,100 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM100 (Jan – Mac) RM150 (Apr – Dis) sehingga RM1,650 setahun |
BUJANG (Belum berkahwin / ibubapa tunggal tiada anak) | RM50 (Jan – Dis) sehingga RM600 setahun |
SEMAKAN EKASIH 2025 STATUS
Untuk mengetahui status kelayakan pendaftaran eKasih, ikuti panduan semakan berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi eKasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Selesa.
Setelah status kelayakan pendaftaran eKasih disahkan, ketahui pula status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.