SEMAKAN EKASIH 2025 : CHECK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Hampir 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada tersenarai dalam sistem eKasih yang telah mula menerima bantuan sejak Januari 2025, akan menikmati penambahan kadar kredit SARA mulai April 2025.
Bagaimanakah semakan status penerima ekasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024
Penerima STR yang menepati Syarat Kelayakan Bantuan dan terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin eKasih layak menerima bantuan secara automatik melalui MyKad, dengan pendaftaran di sistem eKasih.
KADAR BANTUAN EKASIH 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kategori eKasih adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | Jumlah Kelayakan Setahun: RM2100 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | Jumlah Kelayakan Setahun: RM1,650 RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | Jumlah Kelayakan Setahun: RM600 RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
CARA GUNA KREDIT BANTUAN EKASIH 2025
Pembelian barangan keperluan asas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN EKASIH 2025
Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Kemudian, Klik [Semak Status]
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara