SEMAKAN E KASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bank data e Kasih yang mengandungi maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) digunakan oleh pihak kerajaan serta agensi-agensi untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan terutamanya program pembasmian kemiskinan termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semakan e Kasih? Ikuti panduan dan rujuk info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA STATUS : CHECK KELAYAKAN ANDA SEKARANG SAMA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT LAYAK E KASIH 2025
Berikut merupakan antara syarat layak berdaftar dengan e Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR);
- Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa.
SEMAKAN E KASIH 2025
Untuk mengetahui status kelayakan pendaftaran e Kasih, ikuti cara semakan berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi e Kasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR PENYALURAN E KASIH 2025
Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang daftar e Kasih dan bukan e Kasih adalah berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | PENERIMA DAFTAR E KASIH | PENERIMA BUKAN E KASIH |
---|---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal ada anak) | RM100-RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun | RM100 sebulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM100-RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun | RM50 sebulan sehingga RM450 setahun |
BUJANG (Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak) | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun | RM0 |
TEMPOH PENYALURAN E KASIH 2025
Tempoh penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah selama tempoh berikut :
PENERIMA DAFTAR E KASIH | PENERIMA BUKAN E KASIH |
---|---|
Disalurkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan | Disalurkan setiap bulan selama tempoh 9 bulan |
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.