SEMAKAN DUIT SARA DISEMBER 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD ANDA
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini memasuki Fasa terakhir pembayaran yang telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima. Penerima boleh menebus barangan asas yang diperlukan sebelum program bantuan tamat.
Bagaimanakah semakan duit sara disember 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600)
PENERIMA DUIT SARA DISEMBER 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA DISEMBER 2025
Status dan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Aplikasi MyKasih
Cara semakan SARA di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan SARA di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH DUIT BAYARAN SARA DISEMBER 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025 yang dikreditkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
Catatan : Kredit SARA mestilah digunakan sebelum tempoh program tamat pada 31 Disember 2025.
JADUAL BAYARAN SARA 2025
Jadual pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut :
Tarikh Pelaksanaan Program SARA :
- SARA eKasih : 15 Januari 2025
- SARA STR (Bukan eKasih) : 1 April 2025
- SARA ONE-OFF : 31 Ogos 2025
Tarikh Tamat Program SARA :
- SARA eKasih : 31 Disember 2025
- SARA STR (Bukan eKasih) : 31 Disember 2025
- SARA ONE-OFF : 31 Disember 2025
Catatan : Pembayaran akhir Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 telah disalurkan ke dalam MyKad penerima pada 1 Disember 2025 (Isnin).
Baki atau kredit bantuan yang tidak digunakan atau dibelanjakan oleh penerima sebelum tarikh akhir atau tamat program, tidak lagi akan di bawa ke bulan hadapan dan akan luput secara automatik.
PANDUAN MEMBELI DENGAN SARA
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]