SEMAKAN DUIT MYKASIH (2025 ONLINE)

SEMAKAN DUIT MYKASIH (2025 ONLINE)

Duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah MyKasih yang dikreditkan ke dalam MyKad perlu digunakan untuk beli barang-barang keperluan asass sebelum pada 31 Disember 2025. Sekiranya tidak digunakan, duit tersebut akan ditarikh balik dan diberikan kepada yang lebih layak pada tahun berikutnya.

Ketahui cara semak duit MyKasih secara online dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH (FASA 3 2025)

JUMLAH DUIT MYKASIH

Seramai 5.4 juta rakyat daripada golongan B40 dan M40 akan menerima duit Bantuan MyKasih dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

GOLONGAN B40 :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
SESI 1
(3 Bulan)
JUMLAH KREDIT
SESI 2
(9 Bulan)
Isi RumahRM100 sebulanRM200 sebulan
Warga EmasRM100 sebulanRM150 sebulan
BujangRM50 sebulanRM50 sebulan

GOLONGAN M40 :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
SESI 1
(3 Bulan)
JUMLAH KREDIT
SESI 2
(9 Bulan)
Isi RumahRM100 sebulan
Warga EmasRM50 sebulan
Bujang

*Tambahan RM100 diberikan secara one-off kepada semua kategori penerima.

SEMAKAN DUIT MYKASIH

Baki dan status bayaran Bantuan MyKasih dalam MyKad boleh diketahui melalui semakan secara online melalui aplikasi mudah alih dan portal MyKasih seperti panduan berikut :

SEMAKAN DUIT MYKASIH

CARA SEMAKAN DUIT MYKASIH DI APLIKASI

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada bahagian [SARA Bulanan & Penghargaan SARA RM100 One-Off].
  4. ‘Selamat Datang Ke Aplikasi MyKasih’ akan dipaparkan.
  5. Tandakan [/] pada “Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma Akses dan Notis Privasi”.
  6. Klik pada butang [TERUSKAN].
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semak Kelayakan & Baki].
  8. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  9. Masukkan nombor MyKad* pada ruangan yang disedikan.
  10. Tandakan pada [Verify you ara human].
  11. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
  12. Status kelayakan dan baki duit MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  13. Selesai.

CARA SEMAKAN DUIT MYKASIH DI PORTAL

  1. Layari pautan rasmi Portal MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama MyKasih dipaparkan.
  3. Skrol ke bahagian bawah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Masukkan nombor MyKad* pada ruangan yang disediakan.
  7. Tandakan pada [Verify you are human].
  8. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  9. Status kelayakan dan baki duit MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
  10. Selesai.

TARIKH KREDIT MYKASIH

Pengkreditan duit Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima adalah dilaksanakan secara berperingkat mengikut pada tarikh-tarikh berikut :

TARIKH KREDIT SESI 1TARIKH KREDIT SESI 2
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
*Bayaran One-off RM100 pula dikreditkan pada 31 Ogos 2025.

LANGKAH GUNA DUIT MYKASIH

Berikut merupakan langkah-langkah mudah guna duit MyKasih yang ada dalam MyKad :

LANGKAHKAEDAH GUNA DUIT MYKASIH
1.Pergi ke kedai runcit / pasar mini / pasar raya
terpilih MyKasih berhampiran anda
2.Pilih barang yang tersenarai MyKasih
(Rujuk label pada rak harga / scan guna aplikasi MyKasih)
3.Beratur di kaunter yang mempunyai label ‘Kaunter MyKasih’
4.Berikan MyKad kepada juruwang untuk sahkan penerima MyKasih
5.Jika sah, juruwang akan imbas barang-barang yang dipilih
6.Pembayaran akan disahkan guna MyKad
7.Resit bayaran akan diberikan untuk semak baki

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang ditulis dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak MyKasih seperti berikut :

Leave a Comment