SEMAKAN DUIT EKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pengkreditan bulanan yang dilaksanakan dari awal hingga akhir tahun kepada penerima dalam Kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih membolehkan mereka menikmati jumlah keseluruhan bantuan SARA yang lebih tinggi berbanding penerima bukan eKasih.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak duit ekasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYKASIH OGOS 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA DUIT SARA EKASIH 2025
Kelayakan penerima SARA eKasih 2025 adalah seperti berikut:
BIL | SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN |
---|---|
1. | Warganegara Malaysia |
2. | Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
3. | Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
4. | Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
AMAUN PENGKREDITAN DUIT SARA EKASIH 2025
Jumlah bulanan SARA EKASIH yang disalurkan dalam MyKad penerima untuk berbelanja Barangan Keperluan Asas di premis runcit berdaftar adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA BERSTATUS EKASIH | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK DUIT SARA EKASIH 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
- Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA EKASIH 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA EKASIH 2025:
- Adakah perlu memohon SARA eKASIH?
- Tidak. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Bagaimanakah kaedah pelaksanaan SARA eKASIH?
- Bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad khusus digunakan untuk membeli narangan runcit asas yang diluluskan di kedai runcit terpilih seluruh Malaysia menggunakan MyKad.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]