SEMAKAN BUDI MADANI RON95 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN BUDI MADANI RON95 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) yang terbaru, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) khas untuk rakyat Malaysia sahaja.

Ketahui cara semak status dan maklumat lebih terperinci berkaitan BUDI MADANI RON95 di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS STR FASA 4 : KETAHUI KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BUDI MADANI RON95

APA ITU BUDI MADANI RON95?

BUDI MADANI RON95 (BUDI95) diperkenalkan sebagai sebuah sistem subsidi bersasar yang mana Kerajaan MADANI akan menurunkan harga petrol RON95 daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter hanya khas untuk rakyat Malaysia.

Manakala individu yang bukan Warganegara Malaysia pula akan membayar petrol RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, iaitu dianggarkan kira-kira sebanyak RM2.60 seliter.

CARA GUNA BUDI MADANI RON95

Untuk guna subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95), penerima hanya perlu membuat pengesahan dengan menggunakan MyKad untuk urusan pembelian minyak petrol RON95 pada harga bersubsidi iaitu RM1.99 seliter.

Bagi mengurangkan risiko kesesakan di stesen minyak, terminal pembaca MyKad disediakan di kedai stesen minyak dan di terminal pam minyak. Di samping itu, terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel, CaltexGo dan sebagainya.

Oleh itu, Kerajaan menasihati rakyat supaya memastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah dan aktif sebelum peralihan BUDI95. Namun, rakyat tidak perlu tergesa-gesa menukar MyKad kerana sekiranya berjaya tebus Bantuan SARA guna MyKad, itu bermakna cip MyKad berfungsi.

TARIKH PELAKSANAAN

Kerajaan akan melaksanakan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan penurunan harga Petrol RON95 kepada RM1.99 seliter mengikut tarikh berikut :

JENIS PENERIMATARIKH PELAKSANAAN
Polis dan Tentera
(300 ribu anggota)
Mulai 27 September 2025
Penerima STR
(Golongan B40)
Mulai 28 September 2025
Orang Awam
(16 juta Warganegara
ada MyKad dan Lesen)
Mulai 30 September 2025

SEMAKAN BUDI MADANI RON95

Status kelayakan penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI) hanya boleh disemak di kaunter stesen minyak terdekat menggunakan terminal pembaca MyKad. Namun, status kelayakan penerima BUDI MADANI Diesel boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di sini : https://budidiesel.gov.my/.
  2. Halaman utama BUDI MADANI akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  6. “Kata kunci keselamatan anda” akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] sekiranyan kata kunci yang dipaparkan adalah betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan dengan betul.
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  10. Status bayaran BUDI MADANI akan dipaparkan.
  11. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BUDI MADANI RON95

Antara beberapa soalan lazim (faq) berkaitan BUDI MADANI RON95 adalah seperti berikut :

  1. Adakah semua rakyat Malaysia akan terima BUDI MADANI RON95?
    • Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad dan Lesen Memandu sah dan aktif sahaja layak terima BUDI MADANI RON95.
  2. Berapakah harga petrol RON95 sekiranya tidak menggunakan subsidi BUDI MADANI RON95?
    • Sekiranya tidak menggunakan subsidi BUDI MADANI RON95, harga kini adalah sebanyak RM2.05 seliter, namun dijangka akan dinaikkan sehingga RM2.60 seliter.
  3. Bilakah boleh guna BUDI MADANI RON95?
    • Anggota Polis dan Tentera boleh guna bermula 27 September 2025, penerima STR B40 boleh guna bermula 28 September 2025 dan orang awam boleh mula guna pada 30 September 2025.
  4. Adakah minyak petrol RON95 diberikan secara percuma melalui MyKad?
    • Tidak, MyKad digunakan hanya untuk pengesahan rakyat Malaysia yang layak untuk menggunakan subsidi petrol RON95 iaitu sebanyak RM1.99 seliter. Penerima perlu membuat bayaran mengikut liter yang diinginkan.
  5. Dimanakah boleh guna BUDI MADANI RON95?
    • BUDI MADANI RON95 disediakan di mana-mana stesen minyak di seluruh Malaysia.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini berkaitan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BUDI MADANI RON95, sila rujuk pihak Kementerian Kewangan.

Leave a Comment