SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK BAKI & CARA GUNA SUBSIDI

SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK BAKI & CARA GUNA SUBSIDI

Rakyat Malaysia kini boleh terus menebus Subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter di stesen Minyak pilihan anda dengan menggunakan MyKad (Kad Pengenalan) setiap bulan selagi baki penggunaan masih ada.

Bagaimanakah semakan baki & cara guna budi 95? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: STR FASA 2 TARIKH BAYARAN 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

PENGENALAN BUDI 95

BUDI95 ialah inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia bermula tahun lepas (September 2025) dengan pelaksanaan subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.60 seliter.

Bantuan ini dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramBUDI MADANI RON95
Subsidi PetrolRM1.99 Seliter Petrol RON95
Had / MaksimumRM250 bagi setiap bulan / transaksi
KelayakanRakyat Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Sah
Cara GunaPengesahan MyKad (Kad Pengenalan)

SYARAT KELAYAKAN BUDI 95

Kelayakan untuk menggunakan Subsidi RON95 melalui Setel adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai MyKad (Kad Pengenalan);
  • Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;

CARA GUNA BUDI 95

Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan subsidi ron95 di PETRONAS menggunakan Aplikasi Setel :

  1. Kunjungi stesen minyak PETRONAS berdekatan.
  2. Buka Aplikasi Setel yang telah dimuat turun dalam telefon pintar anda.
  3. Klik pada ikon [BUDI95], kemudian pilih ‘Purchase Fuel’.
  4. Pilih stesen minyak PETRONAS yang sedang anda kunjungi
  5. Masukkan nombor pam yang digunakan untuk mengisi minyak.
  6. Tetapkan amaun pengisian minyak (RM) yang ingin diisi.
  7. Buat bayaran mengikut cara pembayaran yang tersedia dalam aplikasi.
  8. Isi minyak RON95 seperti biasa di pam yang telah dipilih.
  9. Selesai.

SEMAKAN KELAYAKAN & BAKI BUDI 95

Semakan Kelayakan & Baki Budi95 boleh di semak melalui Portal Rasmi BUDI95 seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan BUDI MADANI RON95 : https://www.budi95.gov.my/eligibility-check?type=individual
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Semakan Kelayakan.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  4. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  5. Seterusnya, tekan butang (Semakan Kelayakan).
  6. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramBUDI95
StatusLayak
Baki Budi95Contoh : 300.000 liter daripada 300.000 liter
Kelayakan Seterusnya1 April 2026 | 31 Hari

INFO LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/assets/pdfs/FAQ_BUDI95_Individu.pdf

Leave a Comment