SEMAKAN BINGKAS SELANGOR : (BANTUAN 2026) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN

SEMAKAN BINGKAS SELANGOR : (BANTUAN 2026) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN

Bermula 1 November 2025, Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan baru untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) bagi bayaran setiap bulan sepanjang tahun 2026 supaya dapat meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga di Selangor.

Bagaimanakah semakan BINGKAS Selangor? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PORTAL MYSTR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BARU

KADAR & CARA BAYARAN BINGKAS SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan bayaran Bantuan BINGKAS kepada penerima yang layak bagi tahun 2026 dengan kadar dan cara bayaran yang sama seperti tahun sebelum ini. Berikut adalah kadar dan cara bayaran :

KADAR BANTUANCARA BAYARAN
RM300 Setiap bulanDikreditkan secara tanpa tunai
automatik melalui akaun e-Wallet
dalam aplikasi ‘Selangkah’
*Nota : Bantuan RM300 dikreditkan secara automatik setiap bulan dan baki yang tidak habis digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

KRITERIA KELAYAKAN BINGKAS SELANGOR

Pemberian Bantuan BINGKAS Selangor bagi tahun 2026 terbuka kepada rakyat yang memenuhi kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti berikut :

KRITERIAKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Status
Perkahwinan
Berkahwin / Balu
/ Bercerai
Jumlah
Tanggungan
Minima 2 orang
(berumur 18 ke bawah)
Tempat lahirNegeri Selangor
Kadar
Pendapatan
Bawah RM5,000 sebulan
Status MenetapMenetap di Selangor
lebih 10 tahun

PERMOHONAN BARU BINGKAS SELANGOR

Mana-mana rakyat Selangor atau yang menetap di Selangor lebih 10 tahun boleh kemukakan permohonan Bantuan BINGKAS yang baru secara online mengikut panduan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
    • *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  10. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
  11. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  13. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  15. Permohonan telah berjaya dihantar.
  16. Selesai.

SEMAKAN STATUS BINGKAS SELANGOR

Pastinya setelah membuat permohonan, pemohon ingin mengetahui status kelayakan, oleh itu status Bantuan BINGKAS boleh disemak secara online mengikut panduan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang anda daftarkan.
  5. Klik butang [Log Masuk].
  6. Terus klik pada [Semakan Status Kelayakan].
  7. Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Sekiranya disahkan ‘Layak’ penerima perlu muat turun aplikasi Selangkah dan aktifkan akaun e-Wallet untuk menerim bayaran sebanyak RM300 setiap bulan.

CARA GUNA BINGKAS SELANGOR

Setelah berjaya memohon dan disahkan ‘Layak’, penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS mengikut cara seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih BINGKAS.
  2. Pilih barang keperluan yang ingin dibeli seperti :
    • Beras.
    • Mi dan Bihun.
    • Roti.
    • Biskut.
    • Telur.
    • Gula dan Garam.
    • Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
    • Tepung.
    • Minyak masak.
    • Sayuran dan buah-buahan.
    • Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
    • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
    • Ubat-ubatan
    • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
    • Lampin pakai buang.
    • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
    • Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.
  3. Pergi ke kaunter dan beritahu juruwang untuk menggunakan bayaran secara tanpa tunai ‘BINGKAS’.
  4. Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
  5. Buka aplikasi Selangkah dan klik [Bayar].
  6. Kod QR akan dipaparkan dan juruwang akan imbas.
  7. Bayaran akan disahkan.
  8. Resit bayaran akan diberikan.

INFO LANJUT BINGKAS

Info-info berkaitan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) di atas adalah kami rujuk dari sumber yang sahih melalui Portal BINGKAS. Sekiranya tuan / puan mempunyai masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak BINGKAS di bawah :

Leave a Comment