SEMAKAN BAYARAN SARA RM100 – SEMAK SEKARANG!
Bayaran SARA RM100 akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima dalam masa terdekat dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan sehingga akhir tahun 2025.
Bagaimanakah semakan bayaran sara rm100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA SEMAK BAKI SARA – CHECK RM100 ONE OFF SEKARANG!
SIAPA LAYAK BAYARAN SARA RM100?
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Catatan : Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
AMAUN BAYARAN SARA
Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BULANAN SARA |
---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang (STR & eKasih) | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BULANAN SARA |
---|---|
Isi Rumah (STR Sahaja) | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja) | RM50 (April – Disember) |
SEMAKAN BAYARAN SARA RM100
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SARA RM100
Penyaluran bantuan SARA setiap bulan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN BULANAN SARA | TARIKH BAYARAN RM100 ONE-OFF |
---|---|---|
Lulus STR & Berstatus eKasih | Januari – Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
Lulus STR Sahaja | April – Disember 2025 | 31 Ogos 2025 |
CARA PELAKSANAAN SARA
Kredit SARA akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan, dan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh Negara.
14 KATEGORI BARANGAN SARA
Sebanyak 14 kategori barangan keperluan telah diluluskan untuk pembelian menggunakan Bantuan SARA, iaitu :
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Barangan Keperluan Sekolah;
- Beras;
- Bahan Perasa;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mee segera;
- Minuman;
- Makanan dalam tin; dan
- Produk Kebersihan Rumah;
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100
Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA RM100 :
S : Bilakah tarikh bayaran SARA RM100 ONE-OFF akan dikreditkan?
J : Bayaran SARA RM100 ONE-OFF akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima mulai 31 Ogos 2025 (Ahad), sempena sambutan Hari Kebangsaan.
S : Bilakah bayaran SARA RM100 ONE-OFF boleh mula disemak?
J : Maklumat bayaran RM100 ONE-OFF boleh disemak mulai tarikh pelaksanaan pada 31 Ogos 2025.
S : Bagaimanakah cara semak bayaran SARA RM100 ONE OFF?
J : Bayaran boleh disemak di Portal Rasmi SARA.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf