SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026
Bayaran Bantuan Tunai Rahmah / STR Fasa 2 telah selesai dibayar kepada kesemua penerima sedia ada dan kini tiba giliran penerima baharu dan rayuan pula akan mula menerima bayaran yang bermula pada 30 Mac 2026 dan berperingkat.
Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MY SARA – STATUS KELAYAKAN & MAKLUMAT BAYARAN 2026
BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026
Bagi bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 terdapat pertambahan bilangan penerima baharu yang menjadikan seramai berikut :
| KELAYAKAN & KATEGORI | BILANGAN PENERIMA |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada (Isi Rumah B40, M40 & Warga Emas) | 5.1 juta penerima |
| Penerima Baharu (Isi Rumah B40, M40 & Warga Emas) | 200,000 penerima |
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026
Ketahui bila tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 mengikut kelayakan penerima :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN | STATUS BAYARAN |
|---|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Bermula 10 Mac 2026 (Selasa) | Telah selesai dibayar |
| Penerima Baharu | Bermula 30 Mac 2026 (Isnin) | Mula dibayar |
CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Terdapat dua (2) cara bayaran Bantuan Tunai Rahmah yang disediakan mengikut jenis penerima :
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank (serta melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan) | Dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima melalui sistem ‘IBG Credit Fund’ (berperingkat) |
| Penerima tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat kaun bank (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) | Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN (FASA 3 2026) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 hingga RM600 (tertakluk jumlah anak / tanggungan) |
| Isi Rumah M40 | RM100 hingga RM350 (tertakluk jumlah anak / tanggungan) |
| Warga Emas | RM150 (setiap seorang warga emas yang tiada pasangan) |
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026
Penerima baharu dan rayuan boleh mula membuat semakan bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 untuk tahu sama ada ianya telah dibayar atau belum. Ikuti cara semakan seperti di bawah :
- Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Bantuan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900230112345.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah dan betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 akan dipaparkan seperti :
- “Telah Dikreditkan”; atau
- “Dalam Proses Kredit”; atau
- “Gagal Kredit”.
- Selesai.
*NOTA : Jika status bayaran dipaparkan “Gagal Kredit”, penerima perlu menuntut bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.