SEMAKAN BAYARAN BANTUAN EKASIH – YANG LAYAK DITERIMA 2026
Rekod setakat ini, seramai lebih 400,000 ribu rakyat Malaysia yang merupakan isi rumah, warga emas dan bujang yang tersenarai dalam rekod data eKasih yang secara automatik layak menerima bayaran bantuan oleh Kerajaan MADANI.
Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan eKasih? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN SKAS SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2026
APA ITU BANTUAN EKASIH?
EKasih bukanlah bantuan, namun ianya merupakan pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang mempunyai data rakyat miskin dan miskin tegar yang secara automatik layak menerima pelbagai bentuk bantuan oleh Kerajaan dan pihak berwajib yang memberikan bantuan untuk program pembasmian kemiskinan.
Antara pemberian bantuan kepada penerima eKasih adalah termasuk Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah), Bantuan SYUKUR Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat Sabah), Bantuan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) dan banyak lagi.
KADAR BAYARAN BANTUAN EKASIH
Kadar bayaran Bantuan SARA kepada penerima eKasih dan bukan eKasih mempunyai perbezaan yang besar kerana penerima eKasih bakal menerima bayaran dengan kadar yang lebih tinggi berbanding bukan eKasih seperti berikut :
- Bayaran Bantuan SARA Untuk Penerima eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 setahun (RM200 setiap bulan) |
| Warga Emas | RM1,800 setahun (RM150 setiap bulan) |
| Bujang | RM1,200 setahun (RM100 setiap bulan) |
- Bayaran Bantuan SARA Untuk Penerima Bukan eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM1,200 setahun (RM100 setiap bulan) |
| Warga Emas | RM600 setahun (RM50 setiap bulan) |
| Bujang | RM600 setahun (RM50 setiap bulan) |
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN EKASIH
Bagi yang telah mendaftar eKasih, anda boleh buat semakan kelayakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status kelayakan eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah itu, buat semakan bayaran Bantuan SARA seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi SARA; atau klik pautan di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No. MyKad*’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Tandakan pada [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH
Jika disahkan layak, penerima eKasih akan menerima bayaran Bantuan SARA mengikut tarikh seperti berikut :
- 09-16/01/2026 (Jumaat)
- 01/02/2026 (Ahad)
- 01/03/2026 (Ahad)
- 01/04/2026 (Rabu)
- 01/05/2026 (Jumaat)
- 01/06/2026 (Isnin)
- 01/07/2026 (Rabu)
- 01/08/2026 (Sabtu)
- 01/09/2026 (Selasa)
- 01/10/2026 (Khamis)
- 01/11/2026 (Ahad)
- 01/12/2026 (Selasa)
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800
- Talian eKasih : 03 8000 8000
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.