SEMAKAN BAYARAN BANTUAN B40 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN B40 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Pelbagai Inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan terutama golongan B40, dengan menyediakan bantuan secara tunai dan tanpa tunai bagi meringan beban kos sara hidup yang dihadapi.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan mykad rm 100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CEK BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SENARAI BANTUAN B40 2025

Bantuan yang disediakan kepada golongan B40 2025 adalah seperti berikut:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

CARA PELAKSANAAN BANTUAN B40

Bantuan B40 dilaksanakan seperti berikut:

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Disalurkan secara tunai melalui akaun bank penerima;
    • Dilaksanakan secara Empat (4) Fasa Bayaran;
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
    • Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
    • Dilaksanakan setiap bulan khusus untuk perbelanjaan barangan keperluan asas;

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN B40

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan B40 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Untuk makluman, individu yang memenuhi syarat kelayakan diatas, dan lulus permohonan bantuan akan secara langsung layak menerima bantuan B40.

KADAR BAYARAN BANTUAN B40

Jumlah Bantuan B40 yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (RM)
Isi rumah
berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 5 Anak : RM 2,000
5 Anak dan Ke atas: RM 2,500
Isi rumah
berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 5 Anak : RM 1,000
5 Anak dan Ke atas: RM 1,250
Warga emas tiada pasanganRM 600
BujangRM 600
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
KATEGORI PENERIMABESTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM100/bulan (Januari – Mac)
RM200/bulan (April – Disember)
RM100/bulan (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (Januari – Mac)
RM150/bulan (April – Disember)
RM50/bulan (April – Disember)
BujangRM50/bulan (Januari – Disember)

CARA SEMAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN B40

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan B40, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih

    PENAFIAN

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
    https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara atau https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

    Leave a Comment