SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT : 2025 (FASA 3) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT : 2025 (FASA 3) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Rakyat-rakyat dewasa yang dipilih sebagai penerima Bantuan Tunai Rakyat adalah mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF). Kira-kira hampir 60% rakyat dewasa yang telah dipilih untuk menerima bayaran Bantuan Tunai Rakyat.

Bagaimanakah semakan Bantuan Tunai Rakyat? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAKYAT

Setiap kategori akan menerima jumlah Bantuan Tunai Rakyat sebanyak berikut :

KATEGORI ISI RUMAH :

KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI RAKYAT
Isi Rumah B40Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah M40Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 anak ke atas : RM1,250

KATEGORI BUJANG :

KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI RAKYAT
Bujang Umur 21 hingga 59 tahunRM600
Bujang Umur 60 tahun ke atasRM600

*Jumlah di atas bukanlah dibayar sekaligus. Namun ianya dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat untuk tahun 2025 :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025.
  • Fasa 2 : 24 Mac 2025 hingga 27 Mac 2025.
  • Fasa 3 : Julai 2025 hingga Ogos 2025.
  • Fasa 4 : November 2025.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat adalah melalui dua (2) cara berikut :

  • Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk penerima :
    • Tiada maklumat akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.
  • Kredit melalui ‘IBG Fund Transfer’ ke dalam akaun bank untuk penerima :
    • Ada akaun bank.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT

Layari pautan rasmi di bawah dan ikuti cara semakan penerima Bantuan Tunai Rakyat seperti berikut :

  1. Pada halaman utama portal, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  2. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment