SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK

Peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 membolehkan bantuan ini diperluaskan kepada hampir 9 juta penerima yang layak menerima untuk digunakan bagi menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah semakan status terkini layak atau tidak bantuan tunai rahmah 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN RM100 EKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 SECARA ONLINE

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan atas di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

TARIKH KREDIT BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah
Fasa 3
Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

JUMLAH MASUK KREDIT BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM150
1 hingga 2 Anak : RM350
3 hingga 5 Anak : RM500
5 Anak dan Ke atas: RM650
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM100
1 hingga 2 Anak : RM200
3 hingga 5 Anak : RM250
5 Anak dan Ke atas: RM300
Warga emas tiada pasanganRM 150
BujangRM 150

CARA KREDIT BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment