SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL : FASA 3 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL : FASA 3 2025 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Kadar peruntukan sehingga RM13 billion adalah merupakan hasil kerja keras Kerajaan dalam mengumpul dana tersebut untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan melalui Bantuan Tunai Hasil sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan Tunai Hasil? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA 100 : (ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN TUNAI HASIL

Bantuan Tunai Hasil atau rasminya diperkenalkan sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan bantuan kewangan diperuntukan oleh Kerajaan khas untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40).

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL

Kaedah bayaran Bantuan Tunai Hasil adalah bergantung kepada jenis penerima berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI HASIL
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan melalui ‘IBG Fund Transfer’
terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Dibayar secara tunai melalui kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau pusat-pusat yang ditetapkan
*Bagi penerima yang mendaftarkan nombor akaun perlu menunggu bayaran masuk ke dalam akaun bank. Namun, bagi penerima yang tiada akaun bank atau ‘gagal kredit’ perlu ke kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat atau pusat yang ditetapkan untuk pengambilan tunai.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL

Pembayaran Bantuan Tunai Hasil dilaksanakan secara berperingkat melalui empat (4) fasa mengikut jadual berikut :

PERINGKAT PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
BANTUAN TUNAI HASIL
Fasa 122 Januari hingga 28 Januari 2025
Fasa 224 Mac hingga 27 Mac 2025
Fasa 3Ogos 2025 (akan diumumkan)
Fasa 4November atau Disember 2025
*Tarikh bayaran untuk Fasa 3 dan Fasa 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL

Bayaran Bantuan Tunai Hasil bagi tahun 2025 kepada setiap kategori adalah sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI HASIL 2025
Isi Rumah B40Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah M40Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 anak ke atas : RM1,250
Warga EmasRM600
BujangRM600
*Jumlah di atas akan dibayar secara ansur mengikut yang ditetapkan pada setiap fasa. Untuk mengetahui jumlah yang akan diterima pada fasa ketiga, sila semak pada Portal Rasmi.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL

PORTAL RASMIPAUTAN
Bantuan Tunai Hasil (mySTR)https://bantuantunai.hasil.gov.my
  1. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  2. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment