SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : STATUS BAYARAN FASA 1

SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : STATUS BAYARAN FASA 1

Bantuan bersasar untuk golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Sabah, melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) kini memasuki pembayaran FASA 1 dan akan disalurkan kepada penerima yang layak.

Bagaimanakah semakan bantuan syukur sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYSARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & BAYARAN 2026

OBJEKTIF BANTUAN SYUKUR SABAH

Tujuan utama program sentuhan kasih rakyat Sabah adalah untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.

TARIKH BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan Sabah FASA 1 seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH)
FASA 1
11 Mac 2026 (Rabu)

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 1 2026

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan Sabah FASA 1 seperti berikut :

FASA BAYARANJUMLAH BAYARAN
Fasa 1RM600

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Penerima Bantuan PSKR Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAN
PADANS Sabahhttps://padans.sabah.gov.my/
SYUKUR Sabahhttps://syukur.sabah.gov.my/

Semakan Status di Portal PADANS Sabah :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

Semakan Status di Portal SYUKUR Sabah :

  1. Layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Klik pada butang [Teruskan].
  4. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  6. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  7. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

CARA PEMBERIAN DUIT BANTUAN SYUKUR SABAH

Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Bantuan PSKR Sabah kepada penerima yang layak :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau di pusat pemberian yang bersesuaian ditetapkan oleh Kerajaan Sabah

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment