SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 / RM100 SETIAP BULAN)

SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 / RM100 SETIAP BULAN)

Harga barangan keperluan asas ada yang semakin meningkat dan tidak dapat dikawal. Sejajar dengan itu, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah disalurkan sepanjang tahun untuk membantu rakyat memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah semakan Bantuan Sumbangan Asas? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILA MASUK SYUKUR SABAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM900

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN ASAS 2025

Bantuan Sumbangan Asas dibayar berdasarkan kelayakan setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
    • Merupakan penerima STR dan berdaftar e-Kasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SUMBANGAN ASAS
Isi RumahRM2,100 setahun
Warga EmasRM1,650 setahun
BujangRM600 setahun
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Merupakan penerima STR sahaja dan bukan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SUMBANGAN ASAS
Isi RumahRM900 setahun
Warga EmasRM450 setahun
*Nota : Jumlah di atas bukanlah dibayar sekaligus, namun ianya dibayar secara ansur setiap bulan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas adalah pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

TARIKH BAYARAN
SUMBANGAN ASAS
PENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan

SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS 2025

Semakan status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh dilakukan melalui dua (2) portal rasmi, iaitu :

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi STR.

Ikuti kedua-dua panduan semakan status di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

KEGUNAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS 2025

Antara kegunaan Bantuan Sumbangan Asas yang diberikan adalah khas untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti senarai di bawah :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment