SEMAKAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 2 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH FASA 2 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Seramai hampir 100,000 rakyat Sabah dalam kalangan miskin dan miskin tegar eKasih layak menerima bantuan tunai di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat, yang akan disalurkan secara berperingkat melalui empat kali bayaran.

Bagaimanakah semakan layak atau tidak bantuan sentuhan kasih rakyat sabah 2025 fasa 2? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN RM100 MYKAD 2025 SEMAK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di : https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
  3. Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan.
  5. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  6. ⁠Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
  7. Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

KADAR BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Bantuan Sabah akan disalurkan kepada penerima sebanyak RM900, dimana ia setiap tiga bulan sekali (RM300 setiap bulan).

JADUAL BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Fasa 2 2025 akan disalurkan seperti berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Fasa Pertama (1)19 Februari 2025 (Rabu)
Fasa Kedua (2)Pembayaran akan bermula April – Julai 2025
Fasa Ketiga (3)Pembayaran akan bermula September 2025
Fasa Keempat (4)Pembayaran akan bermula Oktober 2025

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

  • Dikreditkan menerusi akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank;
  • Diberikan secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’;
  • Dikreditkan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment