SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Tambahan peruntukan bantuan kepada golongan sasar yang menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disalurkan melalui Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan Bantuan SARA RM100? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN IPT SARAWAK RM1200 : PANDUAN LENGKAP CARA REGISTER ONLINE

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA 2025

Tidak semua kategori akan menerima kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 sebulan, kerana setiap kategori akan menerima kadar yang berbeza seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
ISI RUMAH DAFTAR E-KASIHISI RUMAH BUKAN E-KASIH
RM200 sebulanRM100 sebulan
  • Kategori Bujang :
BUJANG DAFTAR E-KASIH
RM50 sebulan
  • Kategori Warga Emas :
WARGA EMAS DAFTAR E-KASIHWARGA EMAS BUKAN E-KASIH
RM150 sebulanRM50 sebulan

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM100 2025

Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 yang terbaru adalah pada tarikh seperti berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
1 Mei 2025 (Khamis)RM100

CARA BAYARAN BANTUAN SARA RM100 2025

Cara pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua penerima yang layak adalah sama iaitu dibayar secara tanpa tunai melalui akaun kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

SEMAKAN BANTUAN SARA RM100 2025

Semak status kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment