SEMAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 / RM100 SETIAP BULAN)

SEMAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 / RM100 SETIAP BULAN)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 diperkasa dengan peningkatan bayaran sehingga 75% berbanding tahun sebelum ini untuk membantu golongan yang terkesan dengan memenuhi keperluan barangan asas bulanan.

Bagaimanakah semakan status bantuan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

JUMLAH BILANGAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH TERKINI 2025

Jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

PENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
0.7 Juta Penerima
(Kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan)
4.7 Juta Penerima
(Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
  3. Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Individu yang menepati syarat kelayakan akan secara automatik menerima SARA MyKasih melalui penyaluran dalam MyKad.

CARA PENYALURAN BANTUAN SARA MYKASIH KEPADA PENERIMA

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPenyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad (IC).

PORTAL SEMAKAN SECARA ONLINE LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

AMAUN BANTUAN SARA MYKASIH 2025 MELALUI MYKAD

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

  • Amaun Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025
PENERIMA SEDIA ADA
(BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA BAHARU
(BUKAN EKASIH)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
Bujang

CARA PENGGUNAAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025 MELALUI MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment