SEMAKAN BANTUAN SABAH FASA 4 2025: SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA RM900
Bantuan Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat miskin dan miskin tegar, melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat kini memasuki Fasa terakhir pembayaran.
Bagaimanakah semakan bantuan sabah fasa 4 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PENDAFTARAN STR FASA 1 2026 : SEKIRANYA ANDA LAYAK BANTUAN INI SILA MOHON SEBELUM TARIKH DITUTUP
APA ITU BANTUAN SABAH?
Bantuan Syukur Sabah atau (Sentuhan Kasih Rakyat) ialah Program Bantuan Tunai Kerajaan Negeri Sabah yang dilaksanakan secara berfasa sejak awal 2025 kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah, dimana kelayakan secara automatik berdasarkan sistem eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah).
Tujuan utama pelaksanaan bantuan adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas.
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah selaras dengan agenda nasional.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH FASA 4 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024 atau;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
KADAR BANTUAN SABAH FASA 4 2025
Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:
| FASA PEMBAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | RM900 |
| Fasa 2 | RM900 |
| Fasa 3 | RM900 |
| Fasa 4 | RM900 |
Catatan : Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3, 4) iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.
TARIKH KREDIT BANTUAN SABAH FASA 4 2025
Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:
- Fasa 1 : Januari – Mac 2025
- Fasa 2 : April – Jun 2025
- Fasa 3 : Julai – September 2025
- Fasa 4 : Oktober – Disember 2025
Catatan : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
SEMAKAN BANTUAN SABAH FASA 4 2025
Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Kemudian, Tekan Butang [Semak].
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://syukur.sabah.gov.my/
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
CARA KREDIT BANTUAN SABAH
Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
- Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp penerima; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan Bantuan SABAH:
- Berapakah jumlah bayaran Bantuan Sabah Fasa 4 2025?
- Bantuan Sabah Fasa 4 dibayar sebanyak RM900 kepada setiap penerima.
- Bila tarikh bayaran Bantuan Sabah Fasa 4?
- Bayaran dilaksanakan diantara bulan Oktober sehingga November 2026, dan tarikh bayaran akan diberikan notifikasi melalui SMS kepada penerima yang layak.
- Berapa ramaikah yang layak terima bayaran Bantuan Sabah?
- Bantuan Sabah disasarkan kepada seramai 100,000 ribu rakyat.
- Adakah individu bujang juga layak terima bayaran Bantuan Sabah Fasa 4 2025?
- Ya, individu bujang yang berumur 18 tahun ke atas serta memenuhi syarat kelayakan juga akan menerima bayaran Bantuan Sabah.
- Adakah Bantuan Sabah dimasukkan dalam akaun bank penerima?
- Bayaran Bantuan Sabah dimasukkan mengikut penerima sama ada dalam akaun bank atau aplikasi YONO Superapp atau bayaran tunai.
INFO LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]