SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 22 juta rakyat dewasa di Malaysia akan menerima pengkreditan Bantuan sebanyak RM100 melalui MyKad (Kad Pengenalan Diri) yang boleh dibelanjakan di pasaraya terlibat seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan Bantuan RM100 MyKad? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA MYKASIH CARA SEMAK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Ikuti cara semakan kelayakan penerima Bantuan RM100 dalam MyKad seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Pengkreditan Bantuan RM100 dalam MyKad adalah secara sekaligus (one-off) mengikut tarikh berikut :
TARIKH MULA | TARIKH AKHIR |
---|---|
31 Ogos 2025 (Ahad) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
KEGUNAAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk pembeli barangan berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Namun, pembelian hendaklah tidak melebihi RM100.
CARA GUNA BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Ikuti cara guna Bantuan MyKad seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan MyKad (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA (Dalam MyKad), sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.