SEMAKAN BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAK STATUS ANDA
Penerima penghargaan SARA akan menerima pengkreditan one-off sebanyak RM100 secara automatik melalui IC untuk pembelian barangan keperluan asas terpilih, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
Bagaimanakah semakan bantuan rm100 dalam ic 205? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SENARAI BARANG BANTUAN MYKASIH 2025 : SEMAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM100 IC 2025
Kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
CARA MOHON BANTUAN RM100 2025 DALAM IC
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara AUTOMATIK kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, TANPA SEBARANG PERMOHONAN diperlukan.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN RM100 2025 DALAM IC
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.
MANFAAT PELAKSANAAN BANTUAN RM100 DALAM IC
Seramai 22 Juta Rakyat Malaysia layak menerima Bantuan RM100 ONE-OFF untuk membeli Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA untuk memenuhi keperluan hidup seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di SENARAI BARANG MYKASIH 2025
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN RM100 2025 DALAM IC
Pelaksanaan Program SARA RM100 adalah seperti berikut:
TARIKH PELAKSANAAN | TARIKH TAMAT/LUPUT | KADAR BAYARAN |
---|---|---|
31 Ogos 2025 (Ahad) | 31 Disember 2025 (Rabu) | RM100 ONE-OFF |
SENARAI KEDAI LULUS PEMBELIAN MENGGUNAKAN BANTUAN RM100 DALAM IC
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH
CARA GUNA KREDIT BANTUAN RM100 2025 DALAM IC
Penerima boleh menggunakan kredit RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan RM100 ONE OFF:
- Adakah semua pemegang MyKad Warganegara Malaysia akan menerima SARA RM100?
- Ya, RM100 ONE-OFF akan disalurkan kepada SETIAP warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
- Bagaimanakah cara mohon SARA RM100?
- Tiada sebarang permohonan diperlukan. Bantuan RM100 akan dikreditkan SECARA AUTOMATIK kepada setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing.
- Kenapa SARA RM100 disalurkan melalui IC?
- RM100 hanya boleh digunakan KHUSUS untuk membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad di pasar raya / kedai runcit terpilih.
- Adakah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. SARA RM100 hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC/MYKAD.
- Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA RM100?
- Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 ONE-OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]