SEMAKAN BANTUAN RAMADHAN 2026 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA TEBUS

SEMAKAN BANTUAN RAMADHAN 2026 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA TEBUS

Kini, MAIDAM iaitu Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu menyediakan Bantuan Ramadhan yang diagihkan sebgai zakat khas tahunan untuk golongan asnaf dan fakir miskin yang berkelayakan di Negeri Terengganu.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima dan cara tebus Bantuan Ramadhan? Ikuti panduan dan baca info penuh di bawah.

BACA JUGA : STR 2026 FASA 2 TARIKH BAYAR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK LEPAS KELAYAKAN PENERIMA

PENGENALAN BANTUAN RAMADHAN

Pihak MAIDAM menyediakan inisiatif Bantuan Ramadhan dengan kadar bermula RM300 sehingga RM700 yang boleh ditebus secara tanpa tunai (cashless) melalui premis / rakan niaga terpilih setiap daerah untuk memudahkan urusan pembelian barang dapur dan persiapan menyambut Syawal.

Penerima yang layak boleh tebus barang keperluan harian, pakaian serta bayaran utiliti termasuk bil telefon dan pembelian tambah nilai melalui premis seperti kedai runcit, pasar raya, farmasi dan juga platform dalam talian (online) yang terlibat.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAMADHAN

Penerima Bantuan Ramadhan yang dipilih oleh MAIDAM adalah mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Negeri MenetapTerengganu
AgamaIslam
Kategori– Ketua Isi Rumah (KIR)
– Warga Emas
– Ibu Tunggal
– Orang Kurang Upaya
Kadar PendapatanPendapatan Bawah Garis
Kemiskinan (PGK)
serta berdaftar dengan
MAIDAM sebagai
Golongan asnaf dan
Fakir Miskin

KADAR BANTUAN RAMADHAN 2026

Pihak MAIDAM memperuntukan sehingga RM15,785,000 untuk disalurkan kepada rakyat Terengganu yang layak dengan kadar mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR
BANTUAN
PERUNTUKAN
KESELURUHAN
Seorang / TunggalRM300RM2,363,100
2 Hingga 3 OrangRM500RM4,144,000
4 Orang & LebihRM700RM9,307,900

TARIKH TEBUS BANTUAN RAMADHAN 2026

Penerima-penerima yang layak boleh mula tebus Bantuan Ramadhan MAIDAM di mana-mana premis berdaftar bermula pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

TARIKH MULA TEBUSTARIKH AKHIR TEBUS
19 Februari 2026 (Khamis)31 Mac 2026 (Selasa)

SEMAKAN BANTUAN RAMADHAN 2026

Bagaimanapun, status kelayakan sebagai penerima Bantuan Ramadhan MAIDAM boleh disemak mengikut panduan lengkap yang mudah di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi MAIDAM : https://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx atau Me12Pay Digital.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
    • (Tanpa tanda sengkang / titik, contoh : 940222012345).
  3. Klik pada butang [Klik Untuk Semak].
  4. Tunggu pengesahan pemohon.
  5. Status kelayakan Bantuan Ramadhan akan dipaparkan.
  6. Jika status disahkan ‘Layak’, anda boleh tebus bantuan.
  7. Selesai.

CARA TEBUS BANTUAN RAMADHAN 2026

Setelah selesai membuat semakan status, penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh tebus Bantuan Ramadhan MAIDAM mengikut cara-cara seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi Me12Pay Digital di Play Store / App Store.
  2. Selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Daftarkan maklumat yang diperlukan.
  4. Pergi ke premis panel (pasar raya Mydin / Global, Klinik / farmasi MAIDAM).
  5. Tunjukkan Kad Pengenalan dan pilih barang keperluan / bil yang ingin dibeli.
  6. Imbas kod QR atau masukkan Nombor Kad Pengenalan di kaunter / aplikasi untuk tolakan kredit bantuan.
  7. Resit digital akan dimasukkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Ramadhan MAIDAM, sila rujuk pihak berwajib MAIDAM di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.maidam.gov.my/.

Leave a Comment