SEMAKAN BANTUAN OKU 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN BULANAN
OKU iaitu Orang Kurang Upaya pastinya amat memerlukan sokongan kewangan untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus sentiasa menyalurkan Bantuan Untuk OKU dengan bayaran bulanan sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan OKU bayaran bulanan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026
KADAR BAYARAN BANTUAN OKU 2026
Terdapat tiga (3) jenis bantuan yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kadar bayaran yang berbeza mengikut jenis bantuan berikut :
| JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | RM450 sebulan seorang |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | RM300 sebulan seorang |
| Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar (BPT) | RM500 sebulan seorang |
CARA BAYARAN BANTUAN OKU 2026
Pembayaran Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah melalui cara-cara yang mengikut keadaan semasa penerima seperti berikut :
| KEADAAN PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima setiap bulan |
| Penerima tiada akaun bank | Bayaran di kaunter pejabat JKM atau di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN OKU 2026
Setiap jenis Bantuan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh JKM mempunyai syarat kelayakan yang ditetapkan berbeza seperti berikut :
- Kelayakan Penerima EPOKU :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 16 tahun dan ke atas (bukan penuntut mana-mana institusi pendidikan) |
| Kad OKU | Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM |
| Kadar Pendapatan | Minimum RM1,000 hingga RM1,700 sebulan |
- Kelayakan Penerima BTB :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 16 hingga 59 tahun |
| Kad OKU | Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM |
| Tahap Kesihatan | Terhad dari segi fizikal, mental, intelektual, atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan |
- Kelayakan Penerima BPT :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Penjagaan | Memerlukan penjagaan rapi kepada OKU terlantar |
| Pendapatan Penjaga | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN OKU 2026
Bagi yang telah mendaftar permohonan salah satu Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU), status kelayakan sebagai penerima boleh disemak secara atas talian (online) mengikut panduan lengkap seperti di bawah :
- Sila layari laman web rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Halaman utama JKM akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan penerima Bantuan OKU (EPOKU / BTB / BPT) akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Segala informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi JKM. Oleh itu, untuk dapatkan informasi lebih lanjut atau pertanyaan berkaitan Bantuan OKU, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan.