SEMAKAN BANTUAN MYSALAM 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN MYSALAM 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Perlindungan takaful percuma di bawah Tabung Amanah mySalam adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Bagaimanakah semakan Bantuan mySalam dan cara tuntutan? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH ONLINE : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SENARAI MANFAAT BANTUAN MYSALAM 2025

Terdapat dua (2) manfaat Bantuan mySalam, iaitu :

  1. Manfaat Hospitalisasi :
    • Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari dan terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
  2. Manfaat Penyakit Kritikal :
    • Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.

SYARAT PENERIMA BANTUAN MYSALAM 2025

Bantuan mySalam adalah khas untuk individu yang memenuhi syarat berikut :

  • Kategori B40 dan ke bawah; dan
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang dan OKU berumur antara 40 hingga 65 tahun dengan pendapatan setahun kurang RM24,000.

SEMAKAN BANTUAN MYSALAM 2025

Untuk mengetahui anda layak atau tidak tuntut Bantuan mySalam, sila semak status kelayakan anda mengikut panduan semakan berikut :

  1. Layari Portal Rasmi mySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan [Semak Kelayakan]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Seterusnya, klik [Semak].
  6. Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan :
    • “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
  7. Selesai.

CARA TUNTUT BANTUAN MYSALAM (HOSPITALISASI) 2025

Bagi yang ingin membuat tuntutan Bantuan mySalam bagi manfaat Hospitalisasi, ikuti panduan berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  8. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
  9. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  10. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
  11. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  12. Selesai.

CARA TUNTUT BANTUAN MYSALAM (PENYAKIT KRITIKAL) 2025

Bagi yang ingin membuat tuntutan Bantuan mySalam bagi manfaat Penyakit Kritikal, ikuti panduan berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
  8. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  9. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
  10. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  11. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
  12. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.

Leave a Comment