SEMAKAN BANTUAN MYSALAM SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MEMOHON & TUNTUTAN ONLINE

SEMAKAN BANTUAN MYSALAM SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MEMOHON & TUNTUTAN ONLINE

Bantuan mySalam diperkenalkan sebagai sebuah Skim Perlindungan Takaful yang percuma disediakan oleh Tabung Amanah mySalam khas untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Bagaimanakah semakan Bantuan mySalam dan cara tuntutan secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SARA ONE OFF RM100 SEMAK  : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

MANFAAT BANTUAN MYSALAM

Antara manfaat MySalam adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi sehingga maksimum 14 hari bersamaan RM700.

SYARAT PENERIMA BANTUAN MYSALAM

Penerima Bantuan mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Serta memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kategori B40 dan ke bawah;
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang dan OKU berumur antara 40 hingga 65 tahun;
  • Pendapatan setahun kurang RM24,000.

SEMAKAN BANTUAN MYSALAM

Ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan mySalam melalui semakan berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi mySalam di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk Ke Portal].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format yang betul tanpa sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
  6. Klik butang [Log Masuk].
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. klik pada butang [Semakan Status].
  9. Status anda akan dipaparkan.
  10. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN MYSALAM

Bantuan mySalam diberikan secara automatik kepada penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak. Bagi yang tidak menerima bantuan tersebut tetapi memenuhi kelayakan, boleh mengemukakan permohonan secara manual seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi mySalam di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Muat turun borang permohonan Bantuan mySalam.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Lampirkan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
    • Salinan Kad Pengenalan;
    • Salinan nota discaj hospital; dan
    • Sebagainya.
  5. Hantar borang permohonan melalui portal atau melalui kaunter mySalam di hospital Kerajaan terdekat.
  6. Selesai.

CARA TUNTUTAN BANTUAN MYSALAM (HOSPITALISASI)

Bagi ingin menuntut Bantuan mySalam bagi bil hospitalisasi sehingga 14 hari, ikuti panduan berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  8. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
  9. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  10. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
  11. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  12. Selesai.

CARA TUNTUTAN BANTUAN MYSALAM (PENYAKIT KRITIKAL)

Bagi yang ingin menuntut Bantuan mySalam bagi penyakit kritikal, ikuti panduan berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
  8. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  9. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
  10. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  11. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
  12. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.

Leave a Comment