SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)
Pelbagai fungsi MyKad (Kad Pengenalan Diri) rakyat Malaysia yang diciptakan berdasarkan cip. Antara fungsi menarik MyKad adalah dapat digunakan untuk menerima wang tanpa tunai dan boleh membuat bayaran tanpa tunai seperti kad bank.
Bagaimanakah cara semakan Bantuan MyKad 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA 2026 ONLINE (BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH)
APA ITU BANTUAN MYKAD
Bantuan MyKad adalah merupakan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikendalikan di bawah MyKasih. Inisiatif Bantuan MyKad diwujudkan supaya penerima dapat menggunakan bantuan dengan tujuan yang betul iaitu untuk memenuhi keperluan asas setiap bulan.
SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKAD 2026
Kategori dan syarat layak untuk menerima Bantuan MyKad adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Tersenarai dalam rekod data e-Kasih (Miskin & Miskin Tegar).
KADAR BANTUAN MYKAD 2026
Setiap kategori penerima akan menerima kadar Bantuan MyKad selayaknya seperti berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun.
- Warga Emas : RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun.
- Bujang : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun.
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun.
- Warga Emas : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun.
- Bujang : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun.
TARIKH TERIMA BANTUAN MYKAD 2026
Anda perlu tahu bila tarikh Bantuan yang akan dikreditkan dalam MyKad untuk tahun 2026, berikut adalah tarikh penerimaan Bantuan MyKad :
- Januari 2026.
- Februari 2026.
- Mac 2026.
- April 2026.
- Mei 2026.
- Jun 2026.
- Julai 2026.
- Ogos 2026.
- September 2026.
- Oktober 2026.
- November 2026.
- Disember 2026.
SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2026
Mudah sahaja untuk tahu status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad kerana ianya boleh disemak secara online melalui Portal MyKasih seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini :https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bawah dan klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tunggu pengesahan verifikasi.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Selain semakan di Portal MyKasih, anda juga boleh membuat semakan status di Portal MySTR seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi MySTR 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk] jika anda telah selesai mendaftar akaun.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
- klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Dashboard MySTR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan anda sebagai penerima STR dan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA dalam MyKad, anda boleh hubungi talian MyKasih atau layari laman rasmi yang diberikan berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]