SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)

SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)

MyKad (Kad Pengenalan) rakyat Malaysia boleh digunakan untuk pelbagai transaksi tanpa tunai, termasuk boleh menerima pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad dan boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas di lebih 1,200 kedai terpilih seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS SARA MYKASIH TERKINI : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SISTEM PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025

Berikut merupakan sistem penggunaan Bantuan MyKad :

  1. Penerima yang layak perlu mengunjungi kedai atau pasaraya terpilih yang terdekat (rujuk seranai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli berdasarkan senarai yang diluluskan (seperti di bawah).
  3. Di kaunter bayaran, berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad yang diberikan.
  6. Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki.

SENARAI BARANGAN BANTUAN MYKAD 2025

Hanya barangan yang tersenarai di bawah sahaja boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKad :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.
  • Produk kebersihan rumah : (Kategori baharu) rujuk pada rak tanda harga.

HAD PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025

Kerajaan telah menghadkan penggunaan Bantuan MyKad pada setiap bulan seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAHHAD BULANANHAD SETAHUN
Isi Rumah
(Miskin & Miskin Tegar)
RM100 – RM200RM2,100
Isi Rumah
(Asas Bukan Miskin)
RM100RM900
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANGHAD BULANANHAD SETAHUN
Bujang
(Miskin & Miskin Tegar)
RM50RM600
Bujang
(Asas Bukan Miskin)
  • KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMASHAD BULANANHAD SETAHUN
Warga Emas
(Miskin & Miskin Tegar)
RM100 – RM150RM1,650
Warga Emas
(Asas Bukan Miskin)
RM50RM450

*Nota : Sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan MyKad pada bulan semasa, baki yang ada akan dibawa ke bulan seterusnya dan perlu digunakan sehingga 31 Disember 2025.

KALENDAR PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 2025

Pengkreditan Bantuan MyKad adalah mengikut kalendar berikut :

PENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 20251 April 2025
1 Mei 20251 Mei 2025
1 Jun 20251 Jun 2025
1 Julai 20251 Julai 2025
1 Ogos 20251 Ogos 2025
1 September 20251 September 2025
1 Oktober 20251 Oktober 2025
1 November 20251 November 2025
1 Disember 20251 Disember 2025

SEMAKAN STATUS KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Penerima yang disahkan status ‘Layak’ akan menerima pengkreditan Bantuan MyKad pada setiap bulan. Untuk mengetahui status Bantuan MyKad telah dikreditkan atau belum, ikuti panduan semakan berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Kredit Bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan dalam MyKad akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKad (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment