SEMAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA – 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi meneruskan lagi Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) bagi tahun 2025 untuk memperkasa golongan B40 serta tanggungannya supaya dapat Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah disisi undang-undang.
Ketahui cara semakan status serta info lebih lanjut berkaitan Bantuan Lesen Percuma di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

PENGENALAN BANTUAN LESEN PERCUMA
Bantuan Lesen Percuma atau Program MyLesen B2 adalah merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Di bawah Program ini, Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos yuran dan fi latihan lesen memandu Kelas B2. Namun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yag ditetapkan oleh Kerajaan.
Pada tahun ini, Program Bantuan Lesen Percuma diperluaskan lagi di institusi pendidikan sebagai usaha untuk membantu pelajar serta belia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen.Kuota terbaru sebanyak 10,000 diumumkan untuk fasa kedua.
Selain itu juga, JPJ akan mengatur jadual dan ujian memandu kepada peserta yang terlibat dan peserta perlu melengkapka modul latihan dan ujian mengikut masa yang ditetapkan sebelum lesen dikeluarkan.
MANFAAT PROGRAM BANTUAN LESEN PERCUMA
- Dapat membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (motorsikal).
- Meningkatkan keselematan jalan raya melalui pemilika Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang jalan raya.
- Melahirkan penunggang motorsikal yang kompeten.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun hingga 35 tahun (semasa kemukakan permohonan);
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa kemukakan permohonan;
- Merupakan pelajar sekolah menengah / institut pengajian tinggi / golongan belia;
- Terbuka kepada golongan B40 serta tanggungan;
- Sihat mental dan fizikal;
- Tidak disenarai hitamkan oleh Mahkamah, JPJ dan PDRM semasa kemukakan permohonan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Kos yuran dan fi latihan, amali dan ujian akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) serta kos tambahan yang lain adalah tidak termasuk dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta wajib mengikut latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta perlulah mengikuti syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Surat Aku Janji perlu ditandatangani oleh peserta dan surat pengesahan kendiri kesihatan perlu dibuat untuk memastikan komitemn dan kebajikan semua pihak berjalan lancar hingga dapat lesen memandu sah.
TARIKH PERMOHONAN LESEN PERCUMA
Untuk makluman, permohonan bagi Program Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) bagi tahun 2025 adalah berbeza tertakluk kepada kuota yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri masing-masing.
Permohonan akan ditutup sekiranya kuota yang ditetapkan telah penuh. Berdasarkan tahun sebelumnya, Program ini dilaksanakan bermula bulan Februari sehingga Oktober dan pemohon disarankan untuk mengikuti pengumuman rasmi di Portal Rasmi JPJ ikut negeri masing-masing.
PERMOHONAN BANTUAN LESEN PERCUMA
- Layari Portal Rasmi JPJ atau kunjungi pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia.
- Dapatkan borang permohonan di pejabat JPJ atau muat turun secara online (di bawah).
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti :
- Kad Pengenalan;
- Keputusan ujian saringan kesihatan; dan
- Gambar berukuran passport.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Pilih pusat Institut Memandu (IM) yang terdekat untuk menjalani latihan praktikal.
- jadual latihan dan ujian praktikal akan diatur oleh pihak JPJ.
- Peserta yang layak perlu mengikuti jadual yang ditetapkan oleh JPJ.
Borang Permohonan Lesen Percuma (MyLesen B2) :
KOS BAYARAN LESEN MEMANDU
Dengan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2), tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan. Namun, kos lain seperti pemeriksaan kesihatan, kos pengangkutan sepanjang latihan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
TEMPOH LATIHAN & UJIAN LESEN MEMANDU
Setiap peserta perlu menjalani modul latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang ditetapkan oleh JPJ seperti berikut :
- Kursus Teori (KPP01) : 6 Jam.
- Ujian Komputer (KPP01) : 1 Jam.
- Latihan Praktikal di Litar (KPP02) : 9.5 Jam.
- Latihan Praktikal di Jalan Raya (KPP03) : 6 Jam.
- Pra Ujian (QTI) : 30 minit.
- Ujian JPJ.
Sekiranya peserta gagal untuk menamatkan program ini dalam tempoh yang ditetapkan selama 3 bulan, program akan terbatal serta merta.
SEMAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA
Sekiranya peserta disahkan ‘Layak’, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memaklumkan kepada peserta melalui pesanan ringkas SMS atau alamat e-Mel pemohon atau hubungi nombor telefon bimbit pemohon.
SOALAN LAZIM BANTUAN LESEN PERCUMA
- Apakah jenis lesen yang ditawarkan secara percuma?
- Kerajaan menawarkan jenis Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motorsikal tidak melebihi 250 c.c.) secara percuma melalui Program MyLesen B2.
- Bolehkah pelajar sekolah berumur 16 tahun memohon Bantuan Lesen Memandu Percuma?
- Ya boleh sekiranya tanggungan B40 dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan Lesen Memandu Percuma?
- Setelah permohonan diluluskan, peserta perlu menjalani latihan dan ujian mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan (rujuk di atas).
- Di manakah peserta boleh menjalani latihan dan ujian memandu untuk dapatkan lesen memandu percuma?
- Penempatan lokasi latihan dan ujian akan ditetapkan berdasarkan lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal perserta.
- Bolehkah peserta bertukar ke pusat institut memandu yang lain setelah lulus permohonan?
- Tidak boleh. Peserta perlu menghabiskan latihan dan ujian di institut memandu yang diluluskan.
INFO LANJUT
Kesemua informasi yang dihuraikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JPJ. Untuk sebarang pertanyaan dan info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat e-Mel : [email protected]
- Talian : 03-8892 8714 / 8693.