SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE : SENARAI & JUMLAH BAYARAN 2025
Pelbagai bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kadar peruntukan Belanjawan 2025 melibatkan sebanyak RM2.4 billion untuk disalurkan kepada rakyat yang layak.
Ketahui senarai, jumlah bayaran dan status kelayakan Bantuan JKM melalui semakan online di bawah.
BACA JUGA : SARA BANTUAN ONE OFF : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN JKM?
Bantuan JKM merujuk kepada bantuan kebajikan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk kanak-kanak, dewasa, warga emas dan OKU melalui sumbangan secara bulanan atau sekaligus (bergantung kelayakan dan jenis bantuan).
SEMAKAN SENARAI BANTUAN JKM
Antara beberapa jenis Bantuan JKM yang disediakan adalah seperti berikut :
- Bantuan Kanak-kanak (BKK);
- Bantuan Warga Emas (BWE);
- Bantuan Anak Pelihara (BAP);
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU);
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
- Bantuan Am Persekutuan;
- Bantuan Latihan Perantis.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN JKM
Setiap Bantuan JKM dibayar dengan jumlah yang berbeza mengikut jenis dan kelayakan penerima seperti berikut :
JENIS BANTUAN JKM | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
BKK (Bantuan Kanak-kanak) | RM250/seorang (anak bawah 6 tahun) RM200/seorang (anak 7-18 tahun) maksimum RM1,000/sekeluarga sebulan |
BWE (Bantuan Warga Emas) | RM600/sebulan |
BAP (Bantuan Anak Pelihara) | RM250 – RM500/sebulan |
EPOKU (Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya) | RM450/sebulan |
BTB (Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja) | RM300/sebulan |
BPT (Bantuan Penjaga Terlantar) | Bergantung kelayakan |
Bantuan Am Persekutuan | Maksimum RM500/sekeluarga sebulan |
BLP (Bantuan Latihan Perantis) | RM200/seorang sebulan |
SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE
Sekiranya anda telah mengemukakan permohonan Bantuan JKM, anda boleh buat semakan status secara online melalui Portal Rasmi JKM.
Ikuti panduan cara semakan status Bantuan JKM di bawah :
- Layari laman web Portal Rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Halaman eBantuan JKM (Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan) akan dipaparkan.
- Klik butang [Semakan Status Permohonan Talian].
- Masukkan [No.Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status permohonan Bantuan JKM akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN JKM
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan JKM :
- Siapakah yang layak mohon Bantuan JKM?
- Warganegara Malaysia yang merupakan B40, menghadapi masalah kewangan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut jenis bantuan.
- Berapa lamakah proses permohonan Bantuan JKM?
- Biasanya ia mengambil masa antara 2 hingga 4 minggu (bergantung kelengkapan dokumen dan siasatan pegawai JKM.
- Bolehkah Bantuan JKM digunakan untuk beli keperluan asas?
- Ya boleh digunakan untuk memenuhi keperluan asas harian.
- Bagaimanakah cara terima Bantuan JKM?
- Bantuan JKM akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau boleh tuntut secara tunai di JKM.
- Bolehkah pemohon menerima lebih daripada satu bantuan?
- Ya boleh jika memenuhi syarat kelayakan setiap jenis bantuan. Namun, tertakluk kepada kelulusan daripada JKM.
MAKLUMAT LANJUT
Segala isi maklumat dalam artikel ini dikongsikan berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda ingin bertanya tentang maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan JKM, sila rujuk pihak JKM seperti berikut :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045