SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA
Kira-kira seramai hampir 1 juta individu yang tersenarai dalam rekod data eKasih akan layak terima bayaran bantuan sebanyak RM2,400. Mereka yang layak bukan hanya terima bayaran sekali sahaja, namun akan terima bayaran untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status Bantuan eKasih RM2400? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 BILA MASUK : SEMAK SENARIA NAMA PENERIMA BANTUAN SARA
MANFAAT BANTUAN EKASIH RM2400
Antara manfaat Bantuan eKasih RM2,400 adalah merangkumi :
- Bantuan keperluan asas disalurkan secara bulanan khas untuk beli beras, minyak masak, tepung, telur, susu dan sebagainya.
- Mengurangkan bebanan kos sara hidup dan dapat menghadapi kenaikkan harga barang.
- Sokongan jangka panjang kerana bantuan dikreditkan setiap bulan untuk sepanjang tahun.
SYARAT LAYAK BANTUAN EKASIH RM2400 2026
Bantuan eKasih yang bernilai sebanyak RM2,400 hanya disasarkan kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Taraf Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu bapa tunggal (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin semasa |
| Status eKasih | Tersenarai dalam rekod data eKasih sehingga 31 Oktober 2025 |
| Status STR | Lulus permohonan STR 2026 |
SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM2400 2026
Untuk ketahui status sama ada layak atau tidak Bantuan eKasih bernilai RM2,400, ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :
- Cara Semakan Kelayakan eKasih :
- Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan Penerima RM2,400 :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL KREDIT BANTUAN EKASIH RM2400 2026
Apabila disahkan layak, penerima akan terima Bantuan eKasih yang akan dikreditkan mengikut jadual berikut :
| TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Januari 2026 | RM200 |
| 1 Februari 2026 | RM200 |
| 1 Mac 2026 | RM200 |
| 1 April 2026 | RM200 |
| 1 Mei 2026 | RM200 |
| 1 Jun 2026 | RM200 |
| 1 Julai 2026 | RM200 |
| 1 Ogos 2026 | RM200 |
| 1 September 2026 | RM200 |
| 1 Oktober 2026 | RM200 |
| 1 November 2026 | RM200 |
| 1 Disember 2026 | RM200 |
| = RM2,400 |
RUJUKAN LANJUT
Tujuan penulisan artikel ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapatkan info terbaru tentang Bantuan SARA eKasih. Untuk maklumat atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.