SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA MYKASIH SARA
Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berdaftar dengan eKasih akan memperoleh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang tertinggi berbanding yang tidak berdaftar dengan eKasih.
Bagaimanakah cara semakan Bantuan eKasih 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BINGKAS 2026 : CARA REGISTER/ DAFTAR BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN
KAEDAH BAYARAN BANTUAN EKASIH
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui dua (2) cara seperti berikut :
| JENIS BAYARAN | KAEDAH BAYARAN | JUMLAH PENERIMA |
|---|---|---|
| Setiap bulan | Dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima pada setiap bulan | 9 juta |
| One-off | Dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima secara sekaligus (one-off) | 22 juta |
KADAR BANTUAN EKASIH 2026
Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih adalah berbeza seperti berikut :
- Bayaran Bantuan SARA kepada penerima daftar eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun |
| Warga Emas | RM150 sebulan sehingga RM1,800 setahun |
| Bujang | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
- Bayaran Bantuan SARA kepada penerima bukan eKasih :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
| Bujang | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
JADUAL BAYARAN BANTUAN EKASIH 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima eKasih mengikut jadual berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | Januari 2026 |
| 2. | Februari 2026 |
| 3. | Mac 2026 |
| 4. | April 2026 |
| 5. | Mei 2026 |
| 6. | Jun 2026 |
| 7. | Julai 2026 |
| 8. | Ogos 2026 |
| 9. | September 2026 |
| 10. | Oktober 2026 |
| 11. | November 2026 |
| 12. | Disember 2026 |
SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2026
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, semakan boleh dilakukan di dua (2) portal iaitu MySTR dan SARA seperti berikut :
- Layari laman Log Masuk MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon aka dipaparkan.
- Klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
Selain itu, pemohon boleh buat semakan di Portal SARA yang rasmi seperti berikut :
- Layari laman Portal SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Seterusnya, klik butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Semakan Status].
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM BANTUAN EKASIH
- Berapakah kadar Bantuan SARA yang dibayar kepada penerima yang tidak berdaftar dengan eKasih?
- Penerima STR yang tidak berdaftar eKasih akan menerima sebanyak RM600 dan RM1,200 setahun.
- Siapakah yang layak mendaftar eKasih?
- Mereka yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa.
- Bilakah tarikh Bantuan SARA dibayar pada setiap bulan?
- Lazimnya ia dibayar pada setiap 1 hari bulan setiap bulan.
- Adakah semua penerima STR perlu mendaftar eKasih untuk terima Bantuan SARA?
- Tidak perlu kerana Bantuan SARA diberikan secara automatik kepada penerima STR.
- Berapakah peruntukan Bantuan SARA dan STR yang diberikan pada tahun 2026?
- Kerajaan memperuntukan sebanyak RM15 billion untuk disalurkan kepada yang layak pada tahun 2026 melalui Bantuan STR dan SARA.
RUJUKAN LANJUT
Perkongsian maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada sumber sahih dari Portal Rasmi SARA untuk memudahkan carian. Namun, untuk pertanyaan atau rujukan lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.