SEMAKAN BANTUAN E KASIH SARA : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN E KASIH SARA : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tersenarai dalam rekod eKasih, kategori isi rumah, warga emas dan bujang, turut menerima kadar bayaran tambahan SARA bermula April 2025.

Bagaimanakah semakan bantuan e kasih sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN LESEN PERCUMA 2025 JPJ : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT LULUS E KASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih secara automatik.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK E KASIH SARA 2025 ONLINE

Setelah Lulus eKasih dan STR, status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih boleh disemak seperti berikut:

  • Portal MyKasih;
  • Aplikasi MyKasih

Semak di Portal MyKasih

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  4. Kemudian, Klik [Semak Status]
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Semak di Aplikasi MyKasih

  1. Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android);
    • App Store (Bagi pengguna iOS)
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Bayaran dan Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

KADAR BAYARAN E KASIH SARA 2025

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kategori eKasih 2025 adalah seperti berikut:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
AMAUN BULAN
JANUARI – MAC 2025
AMAUN BULAN
APRIL – DISEMBER 2025
JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulanRM2,100 Setahun
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulanRM1,650 Setahun
BujangRM50/bulanRM50/bulanRM600 Setahun

MANFAAT E KASIH SARA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan ke MyKad penerima secara bulanan mengikut kadar kelayakan penerima, dan kredit bantuan tersebut boleh digunakan oleh penerima untuk membeli Barangan Keperluan asas yang terpilih di pasar raya yang berdaftar dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

CARA GUNA KREDIT E KASIH SARA

Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment