SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN SEKARANG

Program Bantuan Dalam MyKad di bawah pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bakal diteruskan lagi dan bilangan penerima juga diperluaskan daripada 5.4 juta (2025) kepada 9 juta (2026) yang akan terima pengkreditan dalam MyKad setiap bulan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan Bantuan Dalam MyKad RM200 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYSTR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LULUS ATAU GAGAL TERIMA BAYARAN

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN

Dengan Bantuan SARA yang dikreditkan sebanyak RM200 setiap bulan dalam MyKad, penerima boleh menggunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas seperti senarai berikut :

  • Bahan asas masakan :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Barang makanan kering :
    • Roti, biskut, dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2026

Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan SARA sebanyak RM200 setiap bulan ke dalam MyKad penerima yang layak mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
** Januari 2026RM200
1 Februari 2026RM200
1 Mac 2026RM200
1 April 2026RM200
1 Mei 2026RM200
1 Jun 2026RM200
1 Julai 2026RM200
1 Ogos 2026RM200
1 September 2026RM200
1 Oktober 2026RM200
1 November 2026RM200
1 Disember 2026RM200
*Nota : Baki kredit RM200 yang tidak digunakan dari bulan Januari akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga jumlah terkumpul sebanyak RM2,400 setahun.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2026

Bantuan RM200 setiap bulan akan dikreditkan dalam MyKad individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berkahwin / Ibu bapa tunggal;
  • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin semasa;
  • Tersenarai dalam rekod data e-Kasih sehingga 31 Oktober 2025.
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 (Kategori Isi Rumah).

SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2026

Bermula 1 Januari 2026, anda boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Dalam MyKad mengikut panduan lengkap di bawah :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
    • [PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off].
  4. Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100 One-Off] di bawah.
  5. Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
  6. Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  7. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  8. Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
  9. Klik pada butang [Verify you are human].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
  12. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Setelah disahkan layak sebagai Penerima Bantuan SARA dan dikreditkan dalam MyKad, anda boleh menggunakannya mengikut cara seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN LANJUT

Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi MyKasih. Oleh itu, untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA dalam MyKad, tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment