SEMAKAN BANTUAN BULANAN OKU : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
Orang Kurang Upaya (OKU) layak mendapatkan Bantuan Bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar secara tunai untuk menampung kos sara hidup dan sekaligus untuk kelansungan hidup.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan Bulanan OKU? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026
SENARAI BANTUAN BULANAN OKU
Pelbagai Bantuan Bulanan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Orang Kurang Upaya (OKU), antaranya termasuk :
| BIL. | JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|---|
| 1. | Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | RM450 sebulan seorang |
| 2. | Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | RM300 sebulan seorang |
| 3. | Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar (BPT) | RM500 sebulan seorag |
MEDIUM BAYARAN BANTUAN BULANAN OKU
Bagi memudahkan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima Bantuan Bulanan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan dua (2) medium bayaran yang mengikut keadaan penerima seperti berikut :
| KEADAAN PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Dibayar melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / penjaga |
| Pnerima tiada akaun bank | Dibayar di kaunter Pejabat JKM atau di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN OKU
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi setiap jenis Bantuan Bulanan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
- Kelayakan Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 16 tahun dan ke atas (bukan penuntut mana-mana institusi pendidikan) |
| Kad OKU | Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Minimum RM1,000 hingga RM1,700 sebulan |
- Kelayakan Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 16 hingga 59 tahun |
| Kad OKU | Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM |
| Tahap Kesihatan | Terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan |
- Kelayakan Bantuan Orang Kurang Upaya Terlantar (BPT) :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had |
| Kad OKU | Pemegang Kad OKU yang berdaftar JKM |
| Status Penjagaan | Memerlukan penjagaan rapi kepada OKU terlantar |
| Kadar Pendapatan Penjaga | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
SEMAKAN BANTUAN BULANAN OKU
Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) / penjaga yang telah kemukakan permohonan salah satu (1) Bantuan Bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). sila buat semakan seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi JKM di sini :
- Anda akan dibawa ke halaman utama JKM.
- Terus klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan permohonan Bantuan OKU (EPOKU / BTB / BPT) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan Bantuan Bulanan OKU sahaja. Jika pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila ajukan kepada pihak berwajib melalui talian rasmi seperti berikut :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.