SEMAKAN BANTUAN BUDI : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUBSIDI RON95 2025
Seramai hampir 16 juta rakyat Malaysia kini boleh mula menebus Subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter di stesen Minyak pilihan anda dengan menggunakan MyKad.
Bagaimanakah semakan bantuan budi ron95? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH – SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

APA ITU BANTUAN BUDI?
Bantuan Budi merupakan subsidi ron95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran semasa RM2.60 seliter. Pelaksanaan bantuan ini bermula 30 September 2025, khusus untuk semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan tanpa mengira tahap pendapatan.
Tujuan utama program ini adalah bagi memastikan subsidi benar-benar dinikmati oleh rakyat tempatan yang layak, di samping mengurangkan ketirisan subsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Program BUDI 95 membolehkan :
- Harga subsidi : RM1.99 seliter (bermula 30 September 2025).
- Kuota minima : 300 liter sebulan bagi setiap pengguna.
- Kelayakan secara automatik : Semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan Lesen memandu yang aktif (masih SAH) layak menerima bantuan tanpa sebarang pendaftaran tambahan diperlukan.
- Pengecualian Kuota : Pengecualian diberikan kepada pemandu kenderaan e-hailing.
SEMAKAN BAKI
Berikut merupakan cara untuk semak status kelayakan ATAU BAKI subsidi ron95:
- Portal Rasmi Budi MADANI di pautan https://www.budi95.gov.my/ ;
- Kaunter Stesen Minyak; ATAU
- Aplikasi TouchNGo (TNG) atau Aplikasi Syarikat Minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo.
SEMAKAN BANTUAN BUDI
Status Kelayakan DAN BAKI boleh di semak di Portal Rasmi BUDI MADANI seperti berikut:
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/
- Anda akan dibawa ke laman utama Portal.
- Tekan pada butang [Semak Kelayakan Individu].
- Seterusnya, masukkan 12 digit [Nombor MyKad/Kad Pengenalan] tanpa (-) diruangan yang telah disediakan.
- Tekan [Verify] di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik butang [Semak Kelayakan].
- Status ‘ANDA LAYAK UNTUK MANFAAT BUDI95’ akan dipaparkan sekiranya anda layak.
- Sistem akan memaparkan maklumat seperti berikut seperti berikut :
- Nama Program : BUDI95 Individu.
- Nombor Kad Pengenalan : 12 Digit Nombor Kad Pengenalan Penerima (xxxxxx-xx-xxxx).
- Baki BUDI95 : 300.000 liter daripada 300.000 liter.
- Kelayakan Seterusnya: 1 November 2025 | 31 Hari.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN BUDI
Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan budi ron95 :
Terminal Pam di Stesen Minyak :
- Bawa MyKad dan Kunjungi stesen minyak pilihan anda.
- Pergi ke Terminal Pam Minyak.
- Pilih jumlah minyak (RM) atau yang ingin diisi pada skrin terminal.
- Kemudian, buat bayaran menggunakan kad kredit/debit sama ada melalui ‘PayWave’ atau dengan memasukkan 6 digit nombor PIN.
- Masukkan MyKad ke dalam slot terminal pam yang disediakan untuk pengesahan kelayakan Budi95.
- Sistem akan mengesahkan kelayakan anda secara automatik.
- Setelah disahkan, isi minyak RON95 di pam yang telah dipilih.
- Cetak resit untuk tujuan rujukan.
- Selesai.
Kaunter Cashier (Juruwang) di Stesen Minyak :
- Bawa MyKad dan kunjungi stesen minyak pilihan anda.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang bertugas untuk pengesahan serta penebusan Budi95.
- Juruwang akan memaklumkan kadar liter atau baki liter yang boleh diisi.
- Maklumkan jumlah minyak (RM) yang ingin diisi, serta nombor pam anda kepada juruwang.
- Kemudian, bayar menggunakan kaedah tunai atau kad debit/kredit.
- Resit akan dicetak untuk tujuan rujukan.
- Isi minyak RON95 di pam yang telah ditetapkan.
- Selesai.
Aplikasi Syarikat Minyak atau Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
- Kunjungi stesen minyak berdekatan.
- Buka aplikasi syarikat minyak atau aplikasi Touch ‘n Go eWallet (mengikut pilihan anda).
- Pautkan (link) aplikasi Touch ‘n Go eWallet dengan MyKad anda.
- Cari menu Budi95 di dalam aplikasi, kemudian pilih ‘Buy Fuel’.
- Pilih stesen minyak yang sedang anda kunjungi.
- Masukkan nombor pam yang digunakan untuk mengisi minyak.
- Tentukan kadar minyak (RM) yang ingin diisi, dan buat bayaran melalui pilihan kaedah pembayaran yang tersedia dalam aplikasi.
- Kod QR akan dipaparkan selepas pembayaran berjaya.
- Tunjukkan kod QR tersebut kepada juruwang di kaunter untuk diimbas.
- Resit akan dicetak sebagai rujukan.
- Isi minyak RON95 seperti biasa di pam yang telah dipilih.
- Selesai.
KUOTA
Melalui pelaksanaan subsidi petrol ini, penerima yang layak akan menikmati subsidi RON95 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | HARGA PETROL RON95 PER LITER | HAD LITER |
---|---|---|
Semua Penerima Warganegara Malaysia | RM1.99 /Liter | 300 Liter Sebulan |
Pemandu Kenderaan e-hailing | RM1.99 /Liter | Pengecualian Had Penggunaan (Perlu memohon untuk had lebih tinggi/kelayakan tambahan) |
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN BUDI
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:
- Adakah saya perlu memohon bantuan BUDI?
- Tiada sebarang permohonan diperlukan. Kelayakan adalah secara automatik jika memenuhi syarat ditetapkan. Anda hanya perlu membuat pengesahan kelayakan menggunakan MyKad atau semakan di Portal Rasmi BUDI MADANI.
- Bila semakan status boleh dilakukan?
- Semakan status kelayakan boleh dilakukan di Portal Budi95 bermula 25 September 2025.
- Bolehkah bukan warganegara menerima bantuan BUDI?
- Tidak. Bantuan ini hanya untuk warganegara Malaysia yang memiliki MyKad, dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
- Berapa jumlah subsidi yang boleh diterima?
- Orang awam boleh mengisi minyak sehingga 300 liter RON95 sebulan, namun untuk kenderaan e-hailing, had tambahan diberikan melalui permohonan.
- Bagaimana jika saya tidak layak?
- Sekiranya tidak layak, anda boleh semak semula syarat kelayakan yang ditetapkan jika anda memenuhi syarat atau tidak. Jika tidak memenuhi syarat kelayakan, anda perlu membuat bayaran petrol dengan harga sebenar pasaran.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 1300-88-9595
- WhatsApp : +603-2631 4595
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://www.budi95.gov.my/