SEMAKAN BANTUAN 100 SEBULAN : (2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dengan penambahbaikan baharu, yang membolehkan lebih ramai penerima layak menikmati bantuan bulanan melalui pengkreditan terus ke MyKad.
Bagaimanakah semakan bantuan 100 sebulan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK DUIT DALAM MYKAD (2025)
APA ITU BANTUAN 100 SEBULAN?
Bantuan 100 sebulan merujuk kepada :
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak;
- Pengkreditan terus ke dalam MyKad penerima;
- Khusus digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar;
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
---|---|
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | BUKAN eKasih |
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan |
KADAR BAYARAN
Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
TARIKH BAYARAN
Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN BULANAN | TARIKH LUPUT/TAMAT PROGRAM |
---|---|---|
Lulus STR & Berstatus eKasih | Bermula 15 Januari sehingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Lulus STR Sahaja | Bermula 1 April sehingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.
BARANGAN YANG BOLEH DIBELI
Lebih 100,000 barangan asas daripada 14 Kategori yang diluluskan untuk pembelian termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SEMAKAN BANTUAN 100 SEBULAN
Status kelayakan bantuan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025 (SARA ONE-OFF)
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Contoh Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN DI KEDAI
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN 100 SEBULAN
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Siapa yang layak terima bantuan 100 sebulan ini?
- Penerima STR 2025 Kategori Isi Rumah bukan eKasih akan secara automatik layak.
- Adakah duit ini boleh dikeluarkan tunai?
- Tidak. Ia hanya boleh digunakan untuk beli barang asas dengan menggunakan MyKad.
- Bagaimana cara semak status kelayakan?
- Semakan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi sara.gov.my.
- Apa yang terjadi jika baki tidak digunakan bulan tersebut?
- Baki bantuan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan boleh digunakan dalam tempoh sah program iaitu sehingga 31 Disember 2025.
- Di mana saya boleh dapatkan senarai kedai berdaftar MyKasih?
- Anda boleh rujuk Laman Rasmi sara.gov.my atau Aplikasi MyKasih untuk senarai terkini.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]