SEMAKAN BANTUAN 100 MYKAD 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN BANTUAN 100 MYKAD 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Antara manfaat Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad adalah penerima dapat membeli barangan keperluan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Bagaimanakah semakan Bantuan 100 MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKAD 2025

Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad pada setiap bulan hanya khas untuk penerima sedia ada sahaja. Manakala pengkreditan one-off adalah kepada semua rakyat dewasa Malaysia (termasuk penerima sedia ada) :

  • Pengkreditan Setiap Bulan :
PENERIMA SEDIA ADA
(MISKIN & MISKIN TEGAR)
PENERIMA SEDIA ADA
(ASAS BUKAN MISKIN)
Isi Rumah : RM200 sebulanIsi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulanWarga Emas : RM50 sebulan
Bujang : RM50 sebulanBujang : –
  • Pengkreditan Sekaligus (One-off) :
PENERIMA SEDIA ADA
(MISKIN, MISKIN TEGAR
& BUKAN MISKIN)
PENERIMA BAHARU
(SEMUA RAKYAT DEWASA)
Isi Rumah : RM100Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100Warga Emas : RM100
Bujang : RM100Bujang : RM100

TARIKH KREDIT BANTUAN 100 MYKAD 2025

Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan dan one-off mengikut tarikh berikut :

TARIKH KREDIT
BANTUAN MYKAD
SETIAP BULAN
TARIKH KREDIT
BANTUAN MYKAD
ONE-OFF
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
31 Ogos 2025
*Nota : Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad akan dibawa ke bulan seterusnya dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

SEMAKAN BANTUAN 100 MYKAD 2025

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan SARA dalam MyKad seperti di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2025

Berikut merupakan cara guna Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad :

  1. Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan MyKad (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment