SEMAKAN BANTUAN 100 SARA : SEMAK STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA DALAM MYKAD
Demi merakam penghargaan kepada rakyat dewasa Malaysia, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta penerima dan setiap individu akan menerima sebanyak RM100 di bawah inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekaligus).
Bagaimanakah semakan Bantuan 100 SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : RM100 BANTUAN MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 SARA
Kesemua 22 juta individu yang disahkan layak akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara serentak pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan boleh digunakan pada bila-bila masa sebelum tarikh luput pada 31 Disember 2025 (Rabu).
CARA BAYARAN BANTUAN 100 SARA
Cara bayaran Bantuan RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sama kepada semua penerima (termasuk di Sabah dan Sarawak) iaitu dibayar secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (MyKad) dan perlu digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
SYARAT PENERIMA BANTUAN 100 SARA
Hanya individu yang menepati syarat-syarat di bawah layak terima Bantuan RM100 SARA :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 18 tahun dan ke atas;
- Bujang / Berkeluarga / Warga Emas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
SEMAKAN BANTUAN 100 SARA
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan penerima Bantuan RM100 SARA, ikuti cara semakan berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN 100 SARA
Status bayaran Bantuan RM100 SARA dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.