SEMAKAN BAKI MYKASIH 2025 : CARA SEMAK DUIT DALAM MYKAD ANDA
Duit Bantuan MyKasih dimasukkan secara automatik ke dalam MyKad / Kad Pengenalan Warganegara Malaysia yang layak dan sebahagian penerima telah menggunakannya untuk beli barang keperluan. Namun, sebahagian lagi penerima belum pernah menggunakannya. Oleh itu, baki yang ada dalam MyKad setiap penerima tidak sama.
Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad anda boleh disemak secara online. Berikut dikongsikan cara semak duit baki yang ada dalam MyKad.
BACA JUGA : BANTUAN MAIK KELANTAN : SEMAKAN
KADAR BANTUAN MYKASIH 2025
Bayaran Setiap Bulan :
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan MyKasih setiap bulan ke dalam MyKad 5.4 juta penerima sedia ada berstatus miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin :
PENERIMA SEDIA ADA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA SEDIA ADA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM200 setiap bulan | Isi Rumah : RM100 setiap bulan |
Warga Emas : RM150 setiap bulan | Warga Emas : RM50 setiap bulan |
Bujang : RM50 setiap bulan | Bujang : – |
Bayaran Sekaligus :
Berikut pula kadar bayaran Bantuan MyKasih sekaligus (one-off) ke dalam MyKad 22 juta rakyat dewasa Malaysia (termasuk 5.4 juta penerima sedia ada) :
PENERIMA SEDIA ADA (MISKIN & BUKAN MISKIN) | PENERIMA BAHARU (SEMUA RAKYAT DEWASA) |
---|---|
Isi Rumah : RM100 suami + RM100 isteri | Isi Rumah : RM100 suami + RM100 isteri |
Warga Emas : RM100 sekaligus | Warga Emas : RM100 sekaligus |
Bujang : RM100 sekaligus | Bujang : RM100 sekaligus |
TEMPOH SAH GUNA BAKI MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih mempunyai tempoh sah guna yang telah ditetapkan kepada setiap penerima. Berikut merupakan tempoh sah guna baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad :
JENIS BAYARAN | TEMPOH SAH GUNA MYKASIH | TARIKH AKHIR |
---|---|---|
Setiap Bulan | 12 bulan (Penerima Miskin & Miskin Tegar) / 9 bulan (Penerima Asas Bukan Miskin) | 31 Disember 2025 |
Sekaligus | 4 bulan (Semua Penerima) | 31 Disember 2025 |
SEMAKAN BAKI MYKASIH 2025
Oleh kerana Bantuan MyKasih dikreditkan dalam MyKad penerima, baki yang ada dalam MyKad hanya boleh diketahui melalui semakan secara online sahaja.
Ikuti panduan semakan baki MyKasih melalui aplikasi rasmi berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Baki Bantuan SARA MyKasih Dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima adalah pada tarikh yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) kepada penerima setiap bulan dan sekaligus.
Tarikh Bayaran Setiap Bulan :
Bayaran Bantuan MyKasih dimasukkan dalam MyKad 5.4 juta penerima sedia ada mengikut tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN MYKASIH |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Asas Bukan Miskin | 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Tarikh Bayaran Sekaligus :
Bayaran Bantuan MyKasih dimasukkan ke dalam 22 juta rakyat Malaysia pula pada tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN MYKASIH |
---|---|
Penerima Sedia Ada | 31 Ogos 2025 |
Penerima Baharu | 31 Ogos 2025 |
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Soalan-soalan lazim (faq) yang sering ditanya oleh penerima berkaitan baki Bantuan MyKasih adalah seperti berikut :
- Adakah baki MyKasih yang tidak digunakan pada bulan Ogos akan dibawa ke bulan September?
- Ya, baki yang belum habis atau tidak digunakan pada bulan sebelum ini akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sebelum 31 Disember 2025.
- Bolehkah baki MyKasih dikeluarkan secara tunai daripada MyKad?
- Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk bayaran tanpa tunai sahaja.
- Adakah baki MyKasih dalam MyKad boleh digunakan untuk bayar pengangkutan awam atau tol?
- Tidak boleh. Penerima hanya boleh membeli barang keperluan asas yang telah diluluskan sahaja.
- Bolehkah baki MyKasih dalam MyKad suami dipindahkan ke dalam MyKad isteri?
- Sebarang pindahan Bantuan MyKasih dari MyKad penerime ke MyKad individu lain adalah tidak boleh.
- Apakah akan terjadi sekiranya baki MyKasih yang tidak digunakan sehingga 31 Disember 2025?
- Kerajaan akan menarik baki tersebut dalam MyKad penerima dan akan menggunakannya bagi program perlindungan sosial lain pada tahun berikutnya.
RUJUKAN
Semua maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Oleh itu, sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Baki Bantuan MyKasih, sila rujuk pihak MyKasih melalui :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]