SEMAKAN BAKI BUDI MADANI – CARA SEMAK KUOTA SUBSIDI RON95

SEMAKAN BAKI BUDI MADANI – CARA SEMAK KUOTA SUBSIDI RON95

Bermula 1 April 2026, Kerajaan telah menetapkan semula kuota baharu subsidi BUDI MADANI RON95 yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia untuk pembelian minyak petrol dengan harga pada RM1.99 seliter berbanding harga semasa kini.

Bagaimanakah semakan baki kuota BUDI MADANI RON95? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CEK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026 (LAYAK ATAU TIDAK)

APA ITU BUDI MADANI?

BUDI MADANI RON95 adalah merupakan sebuah program subsidi bersasar bagi minyak Petrol RON95 supaya rakyat Malaysia dapat menikmati subsidi dan dapat mengisi minyak dengan harga RM1.99 seliter berbanding harga semasa RM4.27 seliter.

HAD BUDI MADANI RON95

Oleh kerana desakan ekonomi global kini, Kerajaan telah menetapkan had liter yang baharu berbanding sebelum ini diberikan sebanyak 300 liter sebulan. Namun ini dihadkan sebanyak berikut :

HARGA BUDI MADANI RON95HAD LITER DIBENARKAN
RM1.99 seliter200 liter sebulan

SEMAKAN BAKI BUDI MADANI RON95

Bagi penerima subsidi BUDI MADANI yang telah membuat pembelian minyak petrol RON95 boleh menyemak berapa baki kuota yang masih ada dan boleh digunakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi BUDI MADANI RON95 di sini : https://www.budi95.gov.my/landing?rd=684913.
  2. Halaman utama BUDI MADANI RON95 akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [BUDI95 Individu].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900330112345.
  5. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  6. Kelayakan dan baki kuota subsidi BUDI RON95 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA GUNA BUDI MADANI RON95

Bagi yang belum menggunakan subsidi BUDI MADANI untuk pengisian minyak petrol RON95 dengan harga RM1.99 seliter, ikuti panduan lengkap cara guna yang mudah di bawah :

  1. Kunjungi stesen minyak berhampiran anda.
  2. Letakkan Kad Pengenalan di terminal pembaca atau berikan Kad Pengenalan kepada juruwang bertugas.
  3. Nyatakan berapa liter yang anda ingin isi.
  4. Bayar mengikut liter yang anda inginkan secara tunai / menggunakan kad bank.
  5. Juruwang akan berikan semula Kad Pengenalan anda.
  6. Isi minyak seperti biasa.
  7. Selesai.

INFO LANJUT

Untuk informasi lebih lanjut berkaitan BUDI MADANI RON95, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel seperti di bawah :

  • Talian BUDI95 : 1300 88 9595
  • Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
  • E-mel BUDI95 : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing?rd=436849.

Leave a Comment