SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BAYARAN FASA 2 2026

SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BAYARAN FASA 2 2026

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 telah diawalkan bermula pada 10 Mac 2026 bagi memberi peluang kepada penerima yang merupakan rakyat B40 dan M40 dalam membuat persiapan untuk menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Bagaimanakah semak bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SKAS SARAWAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN 2026

PENGENALAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah atau ringkasnya STR adalah merupakan bantuan kewangan yang disalurkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dari golongan B40 dan M40.

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 yang dilaksanakan mengikut kelayakan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Sedia AdaBermula 10 Mac 2026
dan
berperingkat
Penerima BaharuBermula 30 Mac 2026
dan
berperingkat

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 dibayar kepada setiap kategori dengan jumlah yang berbeza mengikut bilangan anak seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM200
1-2 anak : RM350
3-4 anak : RM500
>5 anak : RM600
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM150
3-4 anak : RM200
>5 anak : RM300
Warga Emas
(Tiada pasangan)
RM150
Bujang

PLATFORM BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Supaya penerima mendapat Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dengan mudah, Kerajaan menyediakan dua (2) platform bayaran yang mengikut kepada jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAPLATFORM BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankPengkreditan ‘IBG Credit
Transfer’ ke dalam akaun
bank penerima
Penerima Tiada Akaun BankPembayaran secara tunai di
kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN)

SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Rujuk panduan lengkap cara semak kelayakan penerima dan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut :

🔗 Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  1. Pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 👆.
  2. Anda akan dipaparkan ke halaman utama.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Tanpa tanda sengkang – dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 950302112345.
  5. Terus klik pada butang [Semak].
  6. Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
  7. Jika betul, klik pada butang [Ya].
  8. Masukkan kata laluan yang sah.
  9. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  10. Papan pemuka anda akan dipaparkan.
  11. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan dan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment